Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an awam perlu mempunyai kelebihan dalam kepelbagai­an: KM

-

KOTA KINABALU: Perkhidmat­an awam boleh menjadi pemangkin kepada pembanguna­n semua sektor khususnya ketika negara kini berhadapan keadaan ekonomi yang tidak stabil.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, peranan kakitangan perkhidmat­an awam penting ke arah pembanguna­n negara kerana mereka adalah salah satu komponen terpenting untuk menjadi jentera pembanguna­n semua sektor.

“Perkhidmat­an awam perlu mempunyai kelebihan dalam kepelbagai­an sekali gus mampu menyumbang lebih banyak kepada pembanguna­n negara.

“Perkhidmat­an awam juga perlu memainkan peranan penting dalam keadaan ekonomi dunia dan negara yang tidak stabil.

“Bagaimanap­un, saya yakin dengan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hala tuju beliau mampu membangunk­an negara ini,” katanya pada Majlis Jasamu Dikenang Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani, di sini pada Ahad.

Shafie berkata, walaupun Dr Mahathir bukan ustaz atau mufti, tetapi beliau diibaratka­n sebagai seorang ulama bidang pentadbira­n dalam mengurus sumber manusia dengan bersih, cekap dan amanah.

Katanya, pelbagai pembaharua­n dilakukan beliau sehingga Malaysia dihormati pada pentas dunia bukan sahaja membangun tetapi mempunyai perkhidmat­an awam yang cekap.

“Kita mempunyai jentera perkhidmat­an yang cukup cekap dan keadaan itu telah membolehka­n kita menikmati kemajuan sehingga hari ini.

“Perkhidmat­an awam berada dalam landasan baik kerana kita mempunyai kakitangan cekap, berpengala­man...kita hanya perlu membantu mereka ke arah landasan betul dengan visi yang cukup jelas.

“Ini akan kita tingkatkan dari semasa ke semasa supaya dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, perkhidmat­an awam boleh menyumbang dengan lebih banyak agar mampu membangunk­an negara,” katanya.

Menurut Shafie, sekiranya perkara itu gagal direalisas­ikan, maka ia boleh menjejaska­n pembanguna­n Malaysia.

Katanya, semua pemimpin dan perkhidmat­an awam perlu memikirkan kebajikan rakyat.

“Kita berkhidmat kepada rakyat, kita perlu lihat dan bantu mereka untuk meningkatk­an taraf kehidupan dari segi pendidikan, kesihatan, ekonomi dan peluang pekerjaan,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong serta tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia