Utusan Borneo (Sarawak)

Ewon sumbang RM20,000 kepada MYTC

-

PAPAR: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick menyampaik­an sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Montfort Youth Training Centre (MYTC) Kinarut sempena Karnival dan Rumah Terbuka Ke-13 MYTC, di sini pada Ahad.

Ewon yang juga ADUN Kadamaian berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu pusat latihan itu melaksanak­an pelbagai program latihan kemahiran untuk manfaat rakyat khususnya golongan belia di negeri ini.

“Ini juga tanda sokongan kita kepada usaha Montfort yang turut berperanan membantu golongan memerlukan ruang dan peluang belajar terutamany­a dalam bidang kemahiran,” katanya ketika ditemui selepas melawat gerai jualan pada majlis itu.

Turut hadir, pengasas MYTC Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Pengerusi MYTC Datuk Margaret Fung dan Brother Francis Xavier Gasper.

Ewon turut menyambut baik rancangan MYTC untuk memperkena­lkan kursus baharu berkaitan perladanga­n yang dijangka dimulakan Jun 2019.

Beliau berkata, kursus itu ada kaitan dengan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) kerana kementeria­n itu mengusahak­an ladang Program Pembanguna­n Rakyat Termiskin ( PPRT) dan ladang Mini Estet Sejahtera (Mesej) penanaman sawit.

“Mungkin ini adalah sesuatu yang kita boleh adakan kerjasama antara KPLB dan Montfort,” katanya.

Mengenai karnival itu, beliau berkata hasil dana yang diperolehi melalui jualan akan digunakan untuk penyelengg­araan dan penjagaan 220 belia yang memerlukan di bawah program penjagaan kediaman termasuk 80 pelajar sekolah di Asrama San Damiano, Kiulu dan Asrama Belia St Mary, Sandakan.

Lebih 50 gerai menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang disediakan secara sendiri oleh rakan dan kakitangan Montfort.

Bahagian pertukanga­n kayu dan kimpalan juga turut mempamerka­n produk mereka yang dihasilkan sendiri oleh para pelatih.

 ??  ?? TAHNIAH: Zamanuddin (tengah) menyampaik­an hadiah kepada peserta, diperhatik­an Mahmud (kiri) dan Samaniah (kanan).
TAHNIAH: Zamanuddin (tengah) menyampaik­an hadiah kepada peserta, diperhatik­an Mahmud (kiri) dan Samaniah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia