Utusan Borneo (Sarawak)

Ewon mahu aduan peserta MESEJ, Kampung Sejahtera, Ladang PPRT ditangani

-

KOTA KINABALU: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah Datuk Ewon Benedick mahu setiap aduan peserta program Mini Estet Sejahtera (MESEJ), Kampung Sejahtera dan Ladang Program Rakyat Termiskin ( PPRT) ditangani dengan sebaik-baiknya.

Ini bagi memastikan matlamat program terbabit untuk mengangkat golongan miskin keluar daripada kepompong kemiskinan dapat direalisas­ikan.

Pelaksanaa­n program adalah berasaskan niat baik untuk membela komuniti miskin dengan menyediaka­n bukan hanya rumah kepada peserta tetapi juga kemudahan asas seperti elektrik, bekalan air serta jalan raya selain sumber pendapatan dari segi upah dan juga dividen, katanya ketika berucap menyampaik­an amanatnya di KPLB, di sini semalam.

Sehubungan itu katanya beliau mahu peruntukan kementeria­n dibelanjak­an sebaik-baiknya agar dapat memberi impak maksimum kepada peserta program terbabit dan bukan bersifat ala kadar atau sekadar me- lepaskan batuk di tangga.

Merujuk kepada Program Ladang PPRT, Ewon berkata jika agensi pelaksana gagal menguruska­n ladang berkenaan sehingga tidak dapat menjana pendapatan kepada peserta, sewajarnya tanggungja­wab tersebut diberikan kepada agensi atau pihak lain yang lebih berkeupaya­an.

Sementara itu, mengenai penjenamaa­n semula Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang telah dipersetuj­ui kerajaan negeri, beliau berkata pada masa ini pihaknya sedang merumuskan pelantikan pengerusi, setiausaha dan anggota MPKK di seluruh Sabah.

“Saya mahu, sebaik sahaja pelantikan MPKK dikeluarka­n, perkara mustahak yang perlu diwajibkan ialah menyediaka­n data dan profil kampung masing-masing untuk disimpan di KPLB Sabah. Ia harus menjadi sebahagian daripada program latihan kepimpinan dan urus tadbir desa yang perlu disediakan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia