Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak perlu didedah kemahiran berinterak­si

-

KOTA BELUD: Kanakkanak dari pelbagai peringkat perlu didedahkan dengan kemahiran berinterak­si supaya masyarakat yang saling peduli dapat diwujudkan.

Pengerusi Al-Fitrah Zamanuddin Aling berkata, penggunaan gazet yang keterlalua­n dewasa ini mampu memberi impak negatif kepada kanak-kanak yang menggunaka­nnya, jika ibu bapa melupakan peranan mereka sebagai orang yang bertanggun­gjawab mem- bentuk sahsiah anak mereka sendiri.

“Banyak perkara buruk berbanding baik akibat salah guna gazet dalam kalangan masyarakat, apatah lagi kepada kanak-kanak yang belum matang berfikir. Justeru, kawalan dan seliaan ibu bapa kepada penggunaan gazet anak- anak mereka sangat diharapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan penutupan program Hari Keluarga Taska, Tadika dan SAR (Sekolah Agama Rakyat) Al-Fitrah di padang SK Tambulion pada Sabtu.

Turut hadir ialah Guru Besar SAR Al-Fitrah Samaniah Basir dan Pengerusi Pelaksana Program Hari Keluarga Taska, Tadika dan SAR AlFitrah Mahmud Ansit.

Zamanuddin berkata, kanak-kanak perlu diberikan pendedahan aktiviti sihat sejak kecil kerana hanya dengan cara itu, masa mereka dapat digunakan secara berkualiti, seterusnya memberikan mereka minda yang lebih cemerlang.

“Dengan cara begini juga, mereka akan memahami konsep bermasyara­kat meskipun dalam skala kecil. Aktiviti yang dilaksanak­an sebagai pengisian program seperti merentas jambatan, pancing botol dan beberapa aktiviti lain mampu mengasuh minda untuk lebih positif dalam kehidupan,” jelasnya.

Selain itu tambahnya, program itu menjadi acara tahunan bagi taska, tadika dan SAR Al- Fitrah itu adalah gambaran betapa tali silaturrah­im antara para ibu bapa, guru dan pelajar yang berjumlah 118 orang itu terus terjalin erat.

“Adalah diharapkan dengan cara begini, ukhuwah antara kita khususnya akan lebih indah. Dunia memerlukan sikap saling hormatmeng­hormati dan saling peduli. Tanpa sikap ini, kita akan menghadapi saat-saat yang tegang pada masa akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia