Utusan Borneo (Sarawak)

CURTIN MALAYSIA JAYAKAN KEM MOTIVASI DISK LONG KESSEH

- Oleh Sudan Ajang

BAGI merapatkan hubungan dengan komuniti setempat, Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) mengambil inisiatif menganjurk­an Kem Motivasi Bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Long Kesseh pada 14 hingga 16 September lalu di Long Kesseh, Baram yang boleh dihubungi kira- kira empat jam perjalanan menggunaka­n kenderaan pacuan roda dari Miri.

Program yang julung kali diadakan ini mendapat kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Long Kesseh dan Jawatankua­sa Kampung Long Kesseh.

Pengisian kem ini adalah untuk membuka pemikiran murid-murid di luar bandar agar mampu berfikir di luar kotak dan bersemanga­t tinggi untuk mempelajar ilmu pengetahua­n baharu.

Peserta kem yang terdiri daripada 20 murid ini turut didedahkan dengan kelas kemahiran asas bahasa Inggeris, cara pembelajar­an berkesan, pengurusan masa dan nilai kepimpinan oleh sembilan fasilitato­r dari Curtin Malaysia.

ADUN Telang Usan Dennis Ngau semasa perasmian berkata, pendidikan merupakan ‘pasport’ kejayaan anakanak pada masa depan.

“Kita wajib memberi pendidikan terbaik kepada anakanak kerana dengan memiliki pendidikan mereka mampu hidup lebih baik selain meningkatk­an mobiliti sosial,” katanya.

Menurut Dennis, satu daripada program yang dapat mengangkat pendidikan di daerah Baram khususnya di Telang Usan ialah program kem motivasi.

Beliau menyatakan komitmen dalam apa sahaja aktiviti melibatkan pendidikan dan sekolah, sekali gus mencadangk­an kepada Curtin Malaysia untuk terus membantu komuniti di Telang Usan dalam mengubah pemikiran mereka untuk maju.

Beliau berharap program seperti ini dapat diadakan lagi bagi memberi peluang kepada sekolah-sekolah di luar bandar menikmati manfaat seperti ini.

Turut hadir Guru Besar Poul Nanggang, Ketua Kampung Long Kesseh Luat Jok, Ketua Rombongan Curtin Malaysia Maltilda Mae Brain, Ketua Kampung Long Nakan Andrew Jau Anyie serta kira-kira 250 tetamu dari Long Kesseh dan Long Nakan.

Pada majlis tersebut, Dennis mengumumka­n peruntukan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada PIBG SK Long Kesseh bagi membantu sekolah menjalanka­n aktiviti tahunan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MENGHIBURK­AN: Penduduk Long Kesseh dan ibu bapa tidak ketinggala­n membuat persembaha­n semasa kem motivasi. KREATIF: Salah seorang fasilitato­r menggunaka­n‘pakaian’ yang diperbuat daripada surat khabar. BUDAYA: Persembaha­n tarian daripada wanita Orang Ulu semasa majlis perasmian kem motivasi di SK Long Kesseh.
MENGHIBURK­AN: Penduduk Long Kesseh dan ibu bapa tidak ketinggala­n membuat persembaha­n semasa kem motivasi. KREATIF: Salah seorang fasilitato­r menggunaka­n‘pakaian’ yang diperbuat daripada surat khabar. BUDAYA: Persembaha­n tarian daripada wanita Orang Ulu semasa majlis perasmian kem motivasi di SK Long Kesseh.
 ??  ?? TERBAIK: Poul Nanggang (duduk dua kanan) bersama kakitangan, guru SK Long Kesseh dan fasilitato­r Curtin Malaysia yang menjayakan kem motivasi.
TERBAIK: Poul Nanggang (duduk dua kanan) bersama kakitangan, guru SK Long Kesseh dan fasilitato­r Curtin Malaysia yang menjayakan kem motivasi.
 ??  ?? SIMBOLIK: Dennis (tengah) bersama penuntut Curtin Malaysia yang menjadi fasilitato­r semasa Kem Motivasi di SK Long Kesseh baru-baru ini.
SIMBOLIK: Dennis (tengah) bersama penuntut Curtin Malaysia yang menjadi fasilitato­r semasa Kem Motivasi di SK Long Kesseh baru-baru ini.
 ??  ?? TERANG: Salah seorang fasilitato­r sedang menerangka­n teknik pembelajar­an kepada peserta kem motivasi.
TERANG: Salah seorang fasilitato­r sedang menerangka­n teknik pembelajar­an kepada peserta kem motivasi.
 ??  ?? MINAT: Peserta motivasi mempelajar­i teknik belajar berkesan.
MINAT: Peserta motivasi mempelajar­i teknik belajar berkesan.
 ??  ?? KREATIF: Antara aktiviti bagi mengasah kreativiti murid.
KREATIF: Antara aktiviti bagi mengasah kreativiti murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia