Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK SASAR TIGA KEDUDUKAN TERBAIK • MUKA 20

Meletakkan sasaran merangkul lapan pingat emas dalam tiga acara pada temasya sukan SOPMA Perak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sarawak menyasarka­n tiga kedudukan terbaik pada temasya sukan SOPMA (Sukan Orang Pekak Malaysia) Ke- 20 yang akan berlangsun­g di Ipoh, Perak dari 15 hingga 20 Oktober ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata kontinjen Sarawak turut meletakkan sasaran untuk merangkul lapan pingat emas dalam tiga acara disertai pada temasya itu nanti.

Menurutnya, pada SOPMA Kuala Lumpur 2012 Sarawak menduduki tempat keempat dengan merangkul tiga emas, empat perak dan tiga gangsa. Manakala di Melaka pada 2014, Sarawak menduduki tempat ketujuh dengan merangkul tiga emas, lima perak dan empat gangsa.

“Manakala pada 2016 di Sarawak, kita memperbaik­i kedudukan dengan merangkul enam emas, tujuh perak dan tujuh gangsa untuk menduduki tempat ketiga.

“Pada SOPMA Perak 2018, kita menyasarka­n lapan pingat emas dan berada di kedudukan tiga teratas,” katanya pada Majlis Peny- erahan Bendera Kontinjen Sarawak di sini semalam. Hadir sama Ketua Kontinjen yang juga Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis dan Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak ( SSDeaf), Albert Wong.

Fatimah berkata, Sarawak menghantar seramai 80 atlet termasuk 23 pegawai dan 15 petugas sokongan untuk membawa cabaran pada temasya SOPMA di Perak.

Beliau menjelaska­n, Sarawak hanya akan menyertai tiga daripada lima acara dipertandi­ngkan iaitu olahraga, tenpin boling dan badminton manakala acara tidak disertai bola sepak dan futsal.

“Kerajaan amat bermurah hati menyediaka­n peruntukan berjumlah keseluruha­n RM953,150 bagi persediaan atlet untuk menyertai kejohanan kali ini.

“Peruntukan tersebut mencakupi RM321,300 untuk elaun semasa latihan, RM261,400 untuk kelengkapa­n dan keperluan dan RM115,400 bagi pemberian insentif kemenangan dan penghargaa­n,” katanya.

Justeru, diharapkan agar peruntukan itu dapat menyemarak­kan semangat atlet- atlet memberikan cabaran yang terbaik untuk mengharumk­an nama Sarawak.

Sehubungan itu, atletatlet Sarawak kini gigih menjalani latihan di beberapa venue seperti Stadium Mini Tabuan Jaya, SKPK Kota Samarahan, Stadium UNIMAS dan Padang JBS ( olahraga), Arena Sukan, Simpang Tiga ( badminton) dan Megalanes Emart, Batu Kawa/Megalanes King Centre ( tenpin boling).

e“Manakala pada 2016 di Sarawak, kita memperbaik­i kedudukan dengan merangkul ketiga. ” nam emas, tujuh perak dan tujuh gangsa untuk menduduki tempat Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MEMBURU KEJAYAAN: Fatimah (tengah) bersama Harden (kiri) serta barisan atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen SOPMA Sarawak bakal memburu kejayaan di Perak.
MEMBURU KEJAYAAN: Fatimah (tengah) bersama Harden (kiri) serta barisan atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen SOPMA Sarawak bakal memburu kejayaan di Perak.
 ??  ?? TAHNIAH: Pemenang Kejohanan Golf Klasik Arnold Palmer edisi ketiga pada majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah di DGCC.
TAHNIAH: Pemenang Kejohanan Golf Klasik Arnold Palmer edisi ketiga pada majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah di DGCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia