Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir enam juta saksi Wany Hasrita dinobat Bintang Paling Popular

-

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang telah berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad, 7 Oktober 2018 lalu, disaksikan hampir enam juta penonton.

Acara berprestij tahunan itu bertujuan untuk memberi pengiktira­fan kepada penggiat seni tanah air di samping memberi peluang kepada peminat dan pengikut setia BH untuk memilih artis popular dan menyertai malam kemuncak anugerah itu.

Menurut Nielsen Malaysia, ABPBH yang telah bersiaran langsung bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam itu telah ditonton hampir 3 juta penonton secara purata dan hampir 6 juta secara menyeluruh sepanjang hampir tiga jam bersiaran.

Dengan pencapaian itu, ABPBH31 telah memonopoli 41.3% syer waktu udara menandingi pelbagai programpro­gram yang telah ke udara pada waktu yang sama.

Selain daripada bersiaran di televisyen, ABPBH turut disiar secara langsung di platform digital di saluran Youtube TV3, Berita Harian, Harian Metro, dan New Straits Times. ABPBH telah ditonton hampir 600,000 penonton selama ia bersiaran.

Di samping itu, suapan langsung (Live Feed) itu turut dikongsi di platform media sosial Facebook Berita Harian, dan The New Straits Times, telah meraih 263,646. Manakala, tonton dan tonton xtra telah meraih 140,510 jumlah tontonan, menjadikan jumlah tontonan seluruh saluran digital mencecah 1 juta tontonan.

Pada malam berprestij bertemakan Infiniti itu, Wany Hasrita yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Citroen Picasso C4 yang berharga RM126,000 serta trofi.

Meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan 2,052,997, Wany, 25, mengejutka­n ramai apabila berjaya mengalahka­n pencabar terdekatny­a, Khai Bahar selain menghampak­an pemenang tahun lalu, Fattah Amin.

Bertepatan dengan tema Infiniti, ABPBH31 telah berkolabor­asi dengan rakan-rakan media rasmi seperti Kool FM dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi, tonton sebagai platform digital rasmi, Hijab & Heels sebagai Media Digital Rasmi, dan Apa Kes? sebagai Kapsul Hiburan Rasmi.

Selain itu, kejayaan ABPBH31 tidak akan tercapai tanpa sokongan para penaja, Alha Alfa sebagai Penaja Utama serta Maggi Pedas Giler, Mc Café, Samsung, Habib Jewels, Naza Euro Motor Sdn Bhd, Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), selaku penaja bersama.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi ABPBH31 di www. abpbh.com.my atau tonton xtra (www.xtra.com.my).

 ??  ??
 ??  ?? NOOR KUMALASARI
NOOR KUMALASARI
 ??  ??
 ?? — Gambar TV3 ?? BINTANG PALING POPULAR: Wany Hasrita dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular selepas meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan 2,052,997.
— Gambar TV3 BINTANG PALING POPULAR: Wany Hasrita dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular selepas meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan 2,052,997.
 ??  ?? FATTAH AMIN & NUR FAZURA
FATTAH AMIN & NUR FAZURA
 ??  ?? SYAMEL & ERNIE ZAKRI
SYAMEL & ERNIE ZAKRI
 ??  ??
 ??  ?? ZUL ARIFFIN & EMMA MAEMBONG
ZUL ARIFFIN & EMMA MAEMBONG
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia