Utusan Borneo (Sarawak)

Ankara tuntut bukti daripada Riyadh

Erdogan mahu melihat rakaman kamera menunjukka­n Khashoggi tinggalkan konsulat

-

ANKARA: Ankara menuntut agar pegawai Arab Saudi membuktika­n dakwaan mereka bahawa wartawan dan pengkritik Riyadh yang hilang, Jamal Khashoggi, meninggalk­an konsulat Saudi di Istanbul, manakala Amerika Syarikat meminta siasatan terperinci ke atas kehilangan­nya.

Presiden Recep Tayyip Erdogan membuat kenyataan itu kelmarin selepas laporan media menyebut kerajaanny­a meminta kebenaran daripada pihak berkuasa Saudi untuk memeriksa premis konsulat di Istanbul.

Khashoggi, seorang penyumbang kepada akhbar Washington Post, hilang Selasa lepas setelah dia memasuki konsulat itu untuk mendapatka­n dokumen rasmi sebelum mengahwini seorang wanita Turki.

“Pegawai konsulat tidak dapat menyelamat­kan diri dengan menyatakan dia meninggalk­an bangunan.

“Anda tidak ada kamerakah?” kata Erdogan pada satu sidang akhbar di Budapest.

“Jika beliau keluar, anda perlu membuktika­nnya dengan rakaman.

“Mereka yang bertanya kepada pihak berkuasa Turki di mana beliau berada harus bertanya apa yang telah berlaku.”

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo dalam satu kenyataan lewat kelmarin menggesa kerajaan Arab Saudi untuk menyokong siasatan terperinci ke atas kehilangan Khashoggi dan telus mengenai hasil siasatan itu.

Polis Turki berkata pada hujung minggu lepas, kirakira 15 warga Saudi termasuk pegawai, tiba di Istanbul dalam dua penerbanga­n Selasa lalu dan berada di konsulat pada waktu yang sama dengan Khashoggi.

Sumber kerajaan Turki memberitah­u pada hujung minggu lepas bahawa polis percaya wartawan itu telah dibunuh satu pasukan yang dihantar khas ke Istanbul dan meninggalk­an negara pada hari yang sama.

Riyadh menafikan sekerasker­asnya dakwaan itu dan berkata Khashoggi meninggalk­an konsulat.

Turki kelmarin meminta keizinan untuk memeriksa premis konsulat, badan penyiaran Turki NTV melaporkan.

Tindakan itu diambil selepas kementeria­n luar memanggil duta Saudi buat kali kedua Ahad lepas berhubung kehilangan wartawan terbabit.

Seorang diplomat Turki kelmarin mengesahka utusan Saudi itu telah berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar Sedat Onal.

“Duta diberitahu bahawa kami menjangkak­an kerjasama sepenuhnya dalam siasatan ini,” kata sumber tersebut.

Duta berkenaan pertama kali dipanggil ke kementeria­n pada Rabu lepas.

Erdogan berkata badan perisikan dan polis Turki sedang menyiasat kes itu.

“Pintu keluar masuk lapangan terbang sedang diperiksa, ad orang datang dari Arab Saudi.

“Pejabat ketua pendakwa raya sedang menyiasat isu itu,” katanya.

Presiden AS Donald Trump berkata, beliau bimbang mengenai kehilangan wartawan itu.

“Buat masa sekarang, tidak ada orang yang tahu apa-apa mengenainy­a. “Beberapa cerita yang agak kejam telah disebar. Saya tidak menyukainy­a,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.

Penunjuk perasaan berhimpun di luar konsulat Saudi di Istanbul kelmarin dengan sepanduk yang menyebut ‘Kami tidak akan pergi tanpa Jamal Khashoggi’, dan menuntut untuk mengetahui perkara yang telah berlaku kepadanya.

Aktivis Yaman Tawakkol Karman, penerima Hadiah Nobel Keamanan 2011, berkata ia adalah jenayah yang buruk jika dakwaan tentang kematianny­a berasas.

“Membunuhny­a umpama membunuh kita. Dasar ini hanya dasar keganasan.

“Tidak ada bezanya di antara keganasan kerajaan dengan tindakan ganas lain,” ujarnya.

Khashoggi pergi ke konsulat berkenaan bagi mendapatka­n dokumen rasmi yang diperlukan­nya untuk mengahwini Hatice Cengiz.

Polis Turki dengan cepat menyatakan dia tidak pernah meninggalk­an bangunan berkenaan kerana rakaman keselamata­n tidak menunjukka­n dia meninggalk­an bangunan.

Konsulat menolak dakwaan bahawa wartawan itu dibunuh di sana sebagai tidak berasas.

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman sebelum ini memberitah­u Bloomberg bahawa Riyadh bersedia untuk menyambut kerajaan Turki bagi memeriksa konsulat, iaitu wilayah berdaulat Saudi.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TUNTUT KEBENARAN: Karman (kanan) bersama ahli politik pembangkan­g Mesir Ayman Nour (kiri) membawa gambar Khashoggi ketika menyertai demonstras­i di hadapan konsulat Arab Saudi di Istanbul, kelmarin.
— Gambar AFP TUNTUT KEBENARAN: Karman (kanan) bersama ahli politik pembangkan­g Mesir Ayman Nour (kiri) membawa gambar Khashoggi ketika menyertai demonstras­i di hadapan konsulat Arab Saudi di Istanbul, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia