Utusan Borneo (Sarawak)

Regata Sarawak 2018 dapat tajaan RM1 juta

Petronas, Petra Energy Berhad, Cahya Mata Sarawak dan Ta Ann serah penajaan semalam: Abdul Karim

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Regata Sarawak 2018 mendapat penajaan sejumlah RM1 juta daripada syarikat-syarikat korporat.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media di sini semalam.

“Kita mendapat penajaan kira-kira RM1 juta untuk penganjura­n Regata Sarawak 2018 dengan hari ini empat lagi syarikat korporat tampil menyerahka­n penajaan masing-masing.

“Bagi pihak Kerajaan Sarawk, saya berterima kasih kepada penaja-penaja yang selama ini memberi sokongan penuh kepada penganjura­n Regata Sarawak, ikon pelanconga­n penting negeri ini,” katanya.

Empat syarikat korporat yang menyerahka­n penajaan masing- masing ialah Petronas Wilayah Sarawak (RM500,000), Petra Energy Berhad (RM100,000), Cahya Mata Sarawak (RM30,000) dan Ta Ann Holdings Bhd

“Kita mendapat penajaan kira-kira RM1 juta untuk penganjura­n Regata Sarawak 2018 dengan hari ini empat lagi syarikat korporat tampil menyerahka­n penajaan masing-masing.” Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

(RM30,000).

Mengulas mengenai Regata Sarawak 2018, Karim berkata 17 pasukan bakal merebut gelaran ‘Raja Sungai’ selepas penganjur mempertimb­ang menambah dua lagi penyertaan bagi kategori itu.

Beliau berkata acara kemuncak yang menawarkan hadiah RM10,000 itu mendapat sambutan amat menggalakk­an daripada peserta.

“Raja Sungai adalah acara yang dinanti-nantikan oleh peminat sukan ini dan bagi penganjura­n tahun ini, kita akan membuka satu atau dua lagi penyertaan untuk kategori ini.

“Tahun lepas 15 pasukan dengan setiap satu daripadan- ya mempunyai 30 pekayuh. Kita hanya boleh tambah dua penyertaan, bagi mengelak kesesakan,” jelasnya.

Bagi kategori perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak 2018, 12 negara dengan 30 pasukan telah mengesahka­n penyertaan berbanding hanya sembilan negara pada tahun lalu.

Beliau memberitah­u 12 negara itu ialah Brunei, China, Hong Kong, Thailand, Taipei (Taiwan), Filipina, Singapura, Macau, Indonesia, Switzerlan­d, Jerman selain Malaysia (Sarawak, Semenanjun­g Malaysia dan Sabah).

Menurutnya Sungai Sarawak akan berkocak dari 26 Oktober 2018 hingga 4 November 2018 dan acara perlumbaan perahu naga antarangsa yang terbahagi kepada lima kategori membuka tirai Regata Sarawak 2018.

“Bermula 2 hingga 4 November 2018 Regata Sarawak bermula dengan 13 kategori dipertandi­ngkan melibatkan 310 pasukan bakal berentap,” katanya.

Jumlah keseluruha­n hadiah yang bakal direbut peserta bagi kedua-dua acara itu ialah RM280,000.

Secara keseluruha­nnya perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa menawarkan hadiah wang tunai RM45,000 termasuk piala serta pingat manakala Regata Sarawak RM240,000.

“Regata Sarawak kali ini tidak hanya menyaksika­n perlumbaan perahu tetapi penuh dengan pelbagai acara sampingan pada siang dan malam bermula 14 Oktober ini hingga hari terakhir, 4 November.

“Festival dram dan gendang akan diadakan di Tebingan Kuching selain pameran serta jualan hasil kraf tangan dan makanan Sarawak dikenali Dapur Sarawak,” katanya.

Majlis perasmian akan disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 27 Oktober ini dan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijadual menyempurn­akan majlis penutupan sekali gus menyampaik­an hadiah kepada Raja Sungai 2018.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: Karim menerima replika cek berjumlah RM500,000 daripada Pengurus Besar Petronas Wilayah Sarawak Shamsur Taha.
TERIMA KASIH: Karim menerima replika cek berjumlah RM500,000 daripada Pengurus Besar Petronas Wilayah Sarawak Shamsur Taha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia