Utusan Borneo (Sarawak)

PERKHIDMAT­AN POS MUDAHKAN E-DAGANG DI SARAWAK

-

KUCHING: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang melaksanak­an fasa keempat program transforma­si perkhidmat­an pos di Sabah dan Sarawak (PTPSS) bagi memudahkan usahawan tempatan bergantung kepada perkhidmat­an pos menghantar produk jualan mereka ke seluruh negara.

Pengarah SKMM Wilayah Sarawak Roslan Mohamad berkata, PTPSS di Sarawak melibatkan 256 posmen komuniti, 86 wakil pos komuniti dan sembilan kenderaan ‘pos-on-wheels’ (POW) dengan 61 pejabat pos selari dengan perkembang­an teknologi komunikasi digital dan elektronik, sekali gus mewujudkan peluang penjanaan pendapatan kepada rakyat melalui e-dagang.

“Pada masa kini, tugas posmen dan keseluruha­n perkhidmat­an pos adalah lebih daripada menyampaik­an surat atau bungkusan semata-mata, terutamany­a di Sarawak.

“Tanpa perkhidmat­an pos, orang Johor tidak dapat merasai keenakan kek lapis dan orang Perlis tidak kenal kelazatan pes laksa Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran First Day Cover Post Day dan Produk Felxiprepa­id sempena Sambutan Hari Pos Sedunia di sini semalam.

Turut hadir Pengurus Negeri Pos Malaysia Berhad Bong Tung Hui. Roslan berkata, di bawah fasa keempat, program ‘Address for all’ yang melibatkan satu alamat pos bagi semua penghuni kampung atau rumah panjang turut dilanjutka­n ke Bario di Miri dan Serian selepas empat lokasi di Lundu, Bau, Padawan dan Mulu.

Pos Malaysia Berhad adalah ‘licencee’ SKMM, yang mula mengawal selia industri perkhidmat­an pos menggantik­an Jabatan Perkhidmat­an Pos pada 2001.

Terdahulu, Roslan dan Bong secara bersama melepaskan konvoi terdiri daripada 30 posmen bermotosik­al, dua van dan sebuah POW di depan Pejabat Pos Besar Kuching bagi melaksanak­an rutin harian mereka di bandar raya ini sempena dengan sambutan peringkat negeri.

 ?? — Gambar Bernama ?? ISTIMEWA: Kerani Kaunter Bahagian Khidmat Pelanggan Pos Malaysia Sarawak Nur Quraini Alia Abdullah, 33, menunjukka­n koleksi siri setem sempena sambutan Hari Pos Sedunia 2018 di hadapan Pejabat Pos Besar Malaysia Sarawak di Kuching, semalam.
— Gambar Bernama ISTIMEWA: Kerani Kaunter Bahagian Khidmat Pelanggan Pos Malaysia Sarawak Nur Quraini Alia Abdullah, 33, menunjukka­n koleksi siri setem sempena sambutan Hari Pos Sedunia 2018 di hadapan Pejabat Pos Besar Malaysia Sarawak di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia