Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda kena 24 bulan atas tiga pensabitan

-

SIBU: Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhka­n hukuman penjara 24 bulan ke atas seorang pemuda dari Perai, Pulau Pinang selepas mengaku salah atas tiga pertuduhan membantu mengalihka­n wang milik seorang lelaki ke dalam akaun bank miliknya, Mac tahun lepas.

Majistret Muhammad Faizal Che Saad memerintah­kan tertuduh, Lim Yan Fatt, 28, menjalani hukuman penjara itu berkuat kuasa daripada tarikh penjatuhan hukuman semalam.

Mengikut pertuduhan, Lim didakwa melakukan ketigatiga kesalahan itu di sebuah bank di Jalan Kampung Nyabor di sini pada 20 Mac, 2017, antara jam 11.11 pagi hingga 3.23 petang, melibatkan wang sebanyak RM17,695.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhka­n hukuman 12 bulan penjara dan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara sementara tuduhan kedua 18 bulan penjara dan denda RM4,000 atau empat bulan penjara.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, Lim dijatuhkan hukuman 24 bulan penjara dan denda RM5,000 atau lima bulan penjara. Tertuduh bagaimanap­un gagal membayar denda dan diperintah menjalani hukuman itu secara serentak.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu yang hanya dikenali sebagai Nguang, menerima panggilan pada 20 Mac, 2017 memberitah­u yang dia telah memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah kereta Audi.

Bagi menuntut hadiah tersebut, pengadu perlu membayar wang sebanyak RM17,695 ke dalam akaun milik tertuduh sebagai bayaran penghantar­an kereta ke Sibu.

Pengadu kemudian membuat tiga transaksi pembayaran ke dalam akaun milik tertuduh pada 20 Mac, 2017.

Dalam rayuan, Lim yang sedang menjalani hukuman 12 bulan penjara atas satu lagi pertuduhan sama, mendakwa dirinya sudah berkeluarg­a manakala isterinya bekerja sebagai pemandu dengan gaji RM1,200 sebulan.

Lim turut memohon agar menjalani hukuman penjara itu di Penjara Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia