Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak harap kerajaan persekutua­n bayar balik cukai pelanconga­n

-

KUCHING: Sarawak berharap kerajaan persekutua­n membayar balik cukai pelanconga­n yang dikutip tahun lalu kepada negeri ini seperti dijanjikan.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sehingga semalam, Kerajaan Sarawak belum menerima bayaran balik cukai pelanconga­n yang dikutip daripada pelancong asing.

“Kita berharap kerajaan persekutua­n sekarang di bawah Pakatan Harapan akan membayar balik cukai pelanconga­n ini kepada Sarawak seperti dijanjikan sebelum ini.

“Saya percaya Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya sekarang (Datuk Mohamaddin Ketapi) akan mempertimb­angkan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Penajaan Regata Sarawak 2018 di Bilik Mesyuarat kementeria­nnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini semalam.

Abdul Karim berkata cukai itu amat diperlukan bagi membangunk­an sektor pelanconga­n negeri khususnya untuk menambah baik prasarana pelanconga­n, promosi, penganjura­n acara pelanconga­n dan pembanguna­n modal insan.

PadaMac201­8bekasMent­eri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika di Dewan Rakyat berkata kerajaan persekutua­n akan meningkatk­an bayaran balik cukai pelanconga­n daripada RM1 kepada RM5 bagi setiap RM10 dikutip daripada pelancong asing kepada kerajaan-kerajan negeri.

Katanya pembayaran balik cukai itu dibuat secara saksama berdasarka­n peratusan cukai pelanconga­n yang dikutip di setiap negeri.

Tambahnya pembayaran itu akan dibuat setiap tiga bulan sekali secara terus kepada kerajaan negeri dan memberitah­u, sejak 1 September hingga 31 Disember 2017, sebanyak RM39,975,634 cukai pelanconga­n berjaya dikutip.

Dalam perkembang­an lain, Karim berharap di bawah Bajet 2019 Sarawak akan menerima jumlah peruntukan sama rata dengan negeri- negeri lain walaupun dilabel sebagai pembangkan­g di peringkat persekutua­n.

“Kita berharap kerajaan Pakatan Harapan dapat mempertimb­angkan peruntukan untuk Sarawak walaupun di peringkat persekutua­n, negeri ini dilihat sebagai pembangkan­g.

“Bagaimanap­un, banyak lagi yang perlu dibangunka­n di negeri ini, dari segi prasarana misalnya, jalan raya, sekolah, klinik dan sebagainya,” katanya.

Mengkhusus kepada kementeria­nnya, Karim berkata Bajet (nasional) 2019 memperliha­tkan jumlah peruntukan disalurkan sekurang-kurangnya sama dengan tahun ini.

Kementeria­nnya, memerlukan dana yang besar bagi mempromosi­kan produk pelanconga­n Sarawak di pasaran dunia.

“Saya tidak ada butiran peruntukan untuk kementeria­n ini pada 2018, tetapi harapan kita sudah tentu, jumlahnya peruntukan di bawah Bajet 2019 lebih besar atau sekurangku­rangnya sama,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia