Utusan Borneo (Sarawak)

Balai Polis Sentral Sibu perlu pegawai pandai bahasa Mandarin

-

SIBU: Kemungkina­n menempatka­n seorang pegawai polis pandai berbahasa Mandarin di Balai Polis Sentral Sibu antara isu dibangkitk­an pada sesi dialog pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sibu dengan polis Sibu di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan David Wong berkata pegawai polis berkenaan bukan sahaja pandai berbahasa Mandarin tetapi turut fasih berbahasa Inggeris dan Iban.

Jelasnya, isu iti dibangkitk­an kerana beliau sering menerima aduan daripada orang awam berhadapan dengan masalah komunikasi antara pegawai polis dan pengadu semasa membuat laporan polis di balai.

“Kami sering dihubungi orang awam dan mereka meminta bantuan kami menemani mereka ke balai untuk membuat laporan polis.

“Jadi, adakah mustahil Balai Polis Sentral Sibu mempunyai pegawai seperti ini dan kita boleh dapatkan pegawai mampu berbahasa Mandarin, Iban dan lain-lain bahasa.

“Kita tidak kisah latar belakang kaum kerana kita menyedari ramai masyarakat Bumiputera boleh berbahasa Mandarin,” katanya.

Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling dan ADUN Bukit Assek Irene Chang antara pemimpin DAP Sibu hadir pada sesi dialog di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di sini.

Bagi menjawab isu itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata untuk menempatka­n pegawai sedemikian adalah di luar kemampuan mereka.

Ini kerana jelasnya, semua keputusan di mana lokasi pegawai akan ditempatka­n atau dipindahka­n adalah diputuskan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Katakan mereka dipin- dahkan ke Sibu, Lanang atau ke Sungai Merah, saya tidak boleh menarik mereka bertugas di Balai Polis Sentral kerana di luar bidang tugas kami.

“Ya sudah tentu kami ada membuat permohonan (pegawai fasih pelbagai bahasa) tetapi semuanya ditentukan oleh Bukit Aman. Sesiapa atau di mana, ia dimuktamad­kan,” katanya apabila ditanya oleh Wong sama ada beliau ada membuat permohonan untuk pegawai sedemikian.

Sementara itu, antara isu lain turut dibangkitk­an ialah masalah penyalahgu­naan dadah dalam kalangan belia di Sibu, ragut, hidu gam, pecah rumah, rondaan polis, jenayah komersil, kecurian kenderaan dan lain-lain.

Turut hadir Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu DSP Chung Aik Peng.

 ??  ?? DIALOG: Stanley (tengah) pada sesi dialog bersama pemimpin-pemimpin DAP Sibu (empat dari kiri) Ling, Irene, Alice dan Wong semalam.
DIALOG: Stanley (tengah) pada sesi dialog bersama pemimpin-pemimpin DAP Sibu (empat dari kiri) Ling, Irene, Alice dan Wong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia