Utusan Borneo (Sarawak)

MR DIY berganding bahu dengan Shopee raikan ulang tahun pertama Shopee Mall

-

KUCHING: Kedai barangan perkakasan rumah MR DIY, yang buat julung kalinya membuka cawangan di Jalan Tunku Abdul Rahman pada 2005, kini merupakan destinasi pembelian barangan perkakasan terkemuka di Malaysia.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, MR DIY telah memperluas­kan perniagaan­nya dengan pembukaan lebih 430 cawangan dalam tempoh cuma 13 tahun, dengan ruang kedai lebih 4.3 juta kaki persegi dan penampilan­nya sebagai destinasi utama dalam membekalka­n perkakasan berkualiti pada harga berpatutan.

Semestinya ia merupakan satu jenama yang menjadi pilihan seisi keluarga merentasi Malaysia, Thailand, Brunei, Indonesia, Singapura dan Fili- pina.

Sebagai salah satu peruncit terbesar bagi kelengkapa­n rumah, MR DIY berganding bahu dengan Shopee untuk meraikan ulang tahun pertama Shopee Mall selepas ia melancarka­n kedai rasmi pertamanya di Shopee Mall baru-baru ini.

Sempena dengan acara dan sambutan Festival Shopee 10.10, pengguna dapat menebus potongan harga RM5 dengan setiap pembelian melebihi RM35 dengan kod MRDIYOCT.

Malah, MR DIY akan menghantar hadiah percuma dengan setiap pembelian RM50 ke atas dalam setiap resit.

“Shopee sudah berkembang dengan begitu pesat dalam tempoh beberapa tahun ini, dan dengan pantas telah menjadi destinasi membeli-belah atas talian kegemaran dalam kalangan pelanggan di Malaysia dan merentasi rantau.

“Kami teruja untuk membawakan lebih banyak tawaran menarik dan promosi ketika pelancaran kami serta Festival 10.10 serta yakin bahawa ia akan beroleh kejayaan cemerlang,” kata Ketua Pemasaran MR DIY Andy Chin.

Shopee, platform e-dagang utama di Asia Tenggara dan Taiwan, mengalu- alukan musim membeli-belah akhir tahun dengan Festival Shopee 10.10 dengan menawarkan promosi menarik selama tiga hari berturut-turut, termasuk jualan kilat Shocking Sale 5x dan baucar awal, bermula 8 Oktober hingga hari ini (10 Oktober).

PengarahPe­masaranSer­antau Shopee Ian Ho, berkata Shopee Mall berkembang dengan begitu signifikan hasil sokongan rakan jenama pihaknya.

Sesungguhn­ya beliau berasa teruja kerana Festival Shopee 10.10 meneruskan kesinambun­gan usaha Shopee untuk menawarkan tawaran terbaik kepada pengguna bagi memulakan musim membeli-belah menarik.

Pihaknya akan sentiasa sedia bekerjasam­a dengan MR DIY pada masa depan bagi menawarkan harga terendah kepada pelanggan, jelasnya.

Sila layari https://shopee. com.my/mrdiy2u untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

Muat turun Shopee App secara percuma menerusi Apple App Store atau Google Play Store.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia