Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pemenang hadiah utama peraduan MINIFiesta BonusLink terima MINI Cooper

-

KUCHING: BonusLink meraikan kemeriahan Majlis Penyampaia­n Hadiah yang kedua di Ingress Auto, Bangsar pada 3 Oktober lepas.

BonusLink telah menyampaik­an hadiah kepada pemenang hadiah utama kedua dan ketiga peraduan MINIFiesta.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, Pengurus Besar BonusLink Victor Goon bersama lebih daripada 50 tetamu telah menghadiri majlis tersebut.

Peraduan ‘ MINIFiesta’ tersebut telah dianjurkan dari 1 Julai hingga 31 Ogos lepas sempena Hari Ulang Tahun Ke-20 BonusLink bagi menghargai kesetiaan ahlinya ketika berbelanja di semua cawangan Rakan Niaga BonusLink.

Sebanyak empat kereta MINI Cooper dan RM200,000 baucar minyak Shell dan 200,000 mata ganjaran BonusLink telah dimenangi.

Semasa tempoh peraduan, ahli perlu meleret kad mereka atau membuat penebusan untuk menyertai peraduan tersebut.

Sebelum itu untuk menjadi ahli, orang ramai perlu membuat permohonan dan berjaya mendapatka­n Kad AmBank BonusLink VISA semasa tem- poh peraduan akan diberikan 10 penyertaan.

Pemenang hadiah utama kedua, Katherine Kiu dari Johor Bahru telah memenangi Kereta MINI Edisi ‘Amplified’ bernilai RM248,888.

Sementara itu, Chrisvie Ong, pemenang hadiah utama ketiga dari Pulau Pinang membawa pulang sebuah kereta MINI Cooper S Clubman bernilai RM262,888.

“Hari ini sangat mengujakan kerana kami bukan sahaja meraikan satu pemenang tetapi dua pemenang peraduan MINIFiesta.

“Ia merupakan kempen yang akan sentiasa diingati oleh kedua-dua belah pihak ahli dan rakan niaga– bukan sahaja sambutan yang hangat dari segi penyertaan malah kami juga berjaya menarik minat ahli untuk membuat lebih leretan kad dan berjaya mencapai penambahan perbelanja­an sebanyak 15 peratus.

“Kesemuanya berjumlah RM1.8 juta di cawangan rakan niaga”,ujarnya.

Pemenang keempat dan terakhir peraduan MINIFiesta dijangka akan diumumkan pada minggu pertama November nanti.

 ??  ?? TAHNIAH: Victor (tengah) bersama para pemenang hadiah pada penyampaia­n hadiah di Ingress Auto, Bangsar pada 3 Oktober lepas.
TAHNIAH: Victor (tengah) bersama para pemenang hadiah pada penyampaia­n hadiah di Ingress Auto, Bangsar pada 3 Oktober lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia