Utusan Borneo (Sarawak)

135 calon SPM SMK Sebauh mendapat manfaat daripada Program Semarak Minda

-

BINTULU: Seramai 135 calon peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Sebauh mendapat manfaat daripada Program Semarak Minda anjuran Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) di Dewan Serba Guna SMK Sebauh di sini.

Program bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang dihadiri Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya Zakaria Abdul Hamid sekali gus merasmikan acara penutupan program itu.

Berucap pada majlis itu, Zakaria memuji usaha SDGA aktif menjalanka­n program bercorak akademik di bahagian ini sekali gus memberi manfaat kepad setiap peserta khususnya yang bakal menghadapi peperiksaa­n awam.

“Program ini merupakan usaha murni SDGA yang wa- jar diberi sokongan padu pihak sekolah kerana berupaya memberi semangat kepada setiap calon peperiksaa­n sekali gus membolehka­n mereka memperoleh kecemerlan­gan,” ujarnya.

Usaha murni pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti SDGA harus diberi pujian serta sokongan padu oleh setiap pihak kerana membuka mata dan minda pelajar agar mencuba yang terbaik dalam peperiksaa­n diduduki.

“Justeru, saya berharap program ini diteruskan pada masa depan bagi memastikan SDGA terus aktif menjalanka­n program memperkasa akademik di bahagian ini,” katanya.

Pada program itu, slot diketengah­kan merangkumi Klinik SPM iaitu teknik menjawab soalan subjek sukar dikenda- likan penceramah khas, Wong Khim Poh dibantu enam fasilitato­r dan seterusnya ceramah motivasi oleh Andy Kedit yang mengutarak­an tip-tip serta kata-kata semangat kepada calon peperiksaa­n.

Hadir sama Pengetua SMK Sebauh Gani Egit, Pengarah Program Semarak Minda Siri 2 Nalong Buda dan Setiausaha SDGA Bintulu Cenilla Anthony Assan.

 ??  ?? MARTABATKA­N PENDIDIKAN: Zakaria (berdiri tengah) bersama jawatankua­sa penganjur dan calon-calon SPM 2018 SMK Sebauh pada penutupan program.
MARTABATKA­N PENDIDIKAN: Zakaria (berdiri tengah) bersama jawatankua­sa penganjur dan calon-calon SPM 2018 SMK Sebauh pada penutupan program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia