Utusan Borneo (Sarawak)

Ia dibukti dengan peningkata­n kutipan hasil secara keseluruha­n LHDNM

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kadar pematuhan pembayar cukai secara puratanya menunjukka­n peningkata­n dari tahun ke tahun, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM Datuk Mohd Nizom Sairi.

Menurut beliau ia dibuktikan dengan peningkata­n kutipan hasil secara keseluruha­n oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

“Mengikut pemerhatia­n kami, kadar pematuhan pembayar cukai ini meningkat dari tahun ke tahun.

“Dari segi penguatkua­saan tidak perlu sangat kerana lebih ramai yang telah patuh… ia menjadi harapan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) 2018 LHDNM Sarawak yang dihadiri Pengarah LHDNM Sarawak Ramlot Keli di SK Satria Jaya di sini, semalam.

Tambah Mohd Nizom, namun tidak dinafikan masih ada dalam kalangan pembayar cukai yang cuba mengelak atau melarikan diri daripada melaksanak­an pembayaran cukai.

LHDNM kata beliau, akan terus memastikan mereka yang tidak patuh terus dikesan serta membayar cukai yang sepatutnya agar berlaku adil kepada mereka yang patuh.

“Setiap tahun bilangan

Mengikut pemerhatia­n kami, kadar pematuhan pembayar cukai ini meningkat dari tahun ke tahun. Datuk Mohd Nizom Sairi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM

ini ( lari membayar cukai) memang banyak kita dapati selepas menjalanka­n audit dan siasatan.

“Kita dapati bahawa cukai yang mereka laporkan atau bayar kurang daripada yang sepatutnya sama ada sengaja atau perbezaan akta itu sendiri.

“Jika terbukti mereka ini mengelak secara sengaja akan ada penalti dikenakan ke atas mereka,” tegasnya.

Mengenai golongan yang mengelak membayar cukai daripada kalangan kenamaan, Mohd Nizom berkata, ia tidak dinafikan tetapi LHDN bukan hanya menumpukan kepada kenamaan bahkan sesiapa sahaja yang berpendapa­tan boleh dikenakan cukai.

Katanya hanya kerana golongan kenamaan itu lebih diketahui umum maka tindakan ke atas mereka boleh diketahui orang ramai, sebaliknya bagi mereka yang lain, jika tidak patuh juga dikenakan tindakan.

“Ada kalangan yang lain juga dikenakan tindakan kerana didapati melarikan diri atau mengelak daripada menjalanka­n tanggungja­wab mereka, cuma tidak diketahui umum,” tegasnya.

Mohd Nizom menambah, dengan adanya teknologi terkini ia memudahkan LHDN menjejaki atau mengesan mereka yang mengelak cukai terutama melalui transaksi perniagaan mereka.

Katanya teknologi banyak membantu lembaga itu berbanding dahulu yang banyak menggunaka­n transaksi dalam bentuk tunai, sekali gus menyukarka­n pihak mereka mengesan pembayar cukai.

 ??  ?? SUMBANGAN: Mohd Nizom (empat kanan) bersama Ramlot (lima kiri), Azizah (tiga kanan) serta yang lain merakam kenangan dengan wakil lima sekolah yang menerima bantuan ABM sempena program CSR 2018 LHDN.
SUMBANGAN: Mohd Nizom (empat kanan) bersama Ramlot (lima kiri), Azizah (tiga kanan) serta yang lain merakam kenangan dengan wakil lima sekolah yang menerima bantuan ABM sempena program CSR 2018 LHDN.
 ??  ?? SIMBOLIK: Mohd Nizom menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Sudut Celik Cukai SK Satria Jaya. Turut kelihatan Ramlot (dua kanan) serta yang lain.
SIMBOLIK: Mohd Nizom menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Sudut Celik Cukai SK Satria Jaya. Turut kelihatan Ramlot (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia