Utusan Borneo (Sarawak)

PIBG SK Tanjung Penasu raikan persaraan dan hari jadi guru

-

SIBU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Penasu telah mengadakan majlis makan malam sempena hari jadi dan persaraan bekas guru besar sekolah terbabit Ivy Yong di sebuah restoran di sini, malam kelmarin.

Majlis sederhana tetapi meriah itu turut dihadiri Penghulu Jeffery Sut, Yang Dipertua PIBG Winston Suji, Penaung Tetap PIBG Andrew Shilling, guru, murid tahun enam serta ibu bapa.

Ivy dalam ucapannya berterima kasih kepada PIBG serta pemimpin dan masyarakat yang telah memberi kerjasama penuh sepanjang 10 tahun beliau menjadi guru besar di SK Tanjung Penasu.

“Saya seorang tidak mungkin dapat membawa perubahan dan kejayaan kepada sekolah tanpa kerjasama PIBG, ketua kaum dan masyarakat setempat, yang menjadi tulang belakang saya selama ini,” ujarnya.

Beliau yang menyambut hari jadi ke-60 kelmarin turut berterima kasih kepada semua guru SK Tanjung Penasu yang telah bersama-sama memaju dan mengharumk­an nama sekolah selama ini.

Ivy yang menjadi guru besar SK Tanjung Penasu bermula 1 Oktober 2007 turut berharap agar semua pihak terus memberi kerjasama kepada guru besar baharu.

Sementara Andrew dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n kepada Ivy yang disifatkan telah membawa banyak perubahan dan kemajuan kepada SK Tanjung Penasu.

“Selama lebih 10 tahun di sini, beliau dengan kerjasama guru dan kakitangan sekolah telah membawa banyak perubahan dan kemajuan sama ada dari segi akademik, kokurikulu­m mahupun fizikal sekolah.

“Banyak bangunan sekolah terutama bilik darjah telah dibina semula menggunaka­n sistem IBS bagi menggantik­an bangunan kayu,” ujarnya.

Andrew juga mahu sekolah terus mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR 2018, sebagaiman­a pencapaian UPSR sebelum ini.

 ??  ?? PRIHATIN: Antara ahli kelab yang mengambil bahagian dalam program tersebut merakamkan gambar kenangan sebelum menyerahka­n bantuan kepada mangsa kebakaran.
PRIHATIN: Antara ahli kelab yang mengambil bahagian dalam program tersebut merakamkan gambar kenangan sebelum menyerahka­n bantuan kepada mangsa kebakaran.
 ??  ?? HARI JADI: (dari tiga kiri) Andrew, Ivy, Jeffery, Winston serta yang lain memotong kek sempena hari jadi Ivy yang ke-60.
HARI JADI: (dari tiga kiri) Andrew, Ivy, Jeffery, Winston serta yang lain memotong kek sempena hari jadi Ivy yang ke-60.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia