Utusan Borneo (Sarawak)

LHDNM menyumbang ABM berupa peralatan teknologi maklumat kepada lima sekolah

-

KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui cawangan Kuching dan pejabat pengarah negeri meneruskan keprihatin­an mereka dengan menyumbang Alat Bantuan Mengajar (ABM) berupa peralatan teknologi maklumat.

Program yang merupakan usaha meningkatk­an mutu pembelajar­an di sekolah itu menyaksika­n LHDN menyumbang ABM kepada lima sekolah terpilih di sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

Majlis penyerahan itu disempurna­kan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM Datuk Mohd Nizom Sairi di Sekolah Kebangsaan (SK) Satria Jaya sempena Majlis Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) 2018 LHDN.

Beliau ketika ditemui berka- ta, ABM yang berupa projektor itu disumbangk­an kepada lima sekolah terpilih sebagai usaha LHDN membantu proses pembelajar­an.

“Ia selain itu meningkatk­an keseronoka­n belajar dan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kita adakan ini adalah salah satu usaha LHDN mendekatka­n diri dengan masyarakat.

“Dengan ini LHDN lebih dikenali bukan sahaja dari sudut fungsi mengutip cukai kepada negara tetapi berperanan dalam memastikan kemajuan masyarakat serta memberi kefahaman tentang fungsi cukai dalam pembanguna­n secara keseluruha­n,” katanya.

Lima sekolah terpilih berkenaan ialah SK Satria Jaya, SK Tan Sri Datuk Haji Mohamad, SK Pasir Pandak, SK Santubong dan SK Tambirat.

Mengulas lanjut mengenai program Mohd Nizom berkata, meskipun persepsi masyarakat kepada LHDN mungkin hanya tertumpu kepada teras percukaian semata-semata, namun sebaliknya LHDN tidak ketinggala­n aktif dalam melaksanak­an CSR kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata menjadi harapan kepada LHDN agar sumbangan itu dapat membantu kelancaran anak-anak dalam pendidikan kerana mereka adalah aset masa depan negara.

“Selain itu kita berterima kasih kepada SK Satria Jaya yang menyediaka­n ruang Sudut Celik Cukai di sekolah mereka yang memaparkan maklumat percukaian yang dapat dijadikan panduan kepada para guru dan ibu bapa dalam hal ehwal percukaian,” katanya.

Sementara itu Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT Jabatan Pengarah Pendidikan Negeri Azizah Mohamad dalam ucapannya berkata, melalui penggunaan ABM dalam penggajara­n, pelajar bukan sahaja dapat melihat pergerakan yang dilakukan tetapi membaiki kesalahan dilakukan semasa aktiviti tersebut.

“Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajar­an menjadi lebih bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

“Selain itu penggunaan kit pengajaran adalah satu kaedah inovatif sebagai bahan bantu mengajar di sekolah,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengarah LHDNM Sarawak Ramlot Keli dan Guru Besar SK Satria Jaya Hussen Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia