Utusan Borneo (Sarawak)

NGO, pelajar IPT tanam pokok gaharu di Ulu Sungai Menyang

-

KUCHING: Dianggarka­n lima hingga 10 hektar tanah di Ulu Sungai Menyang, Batang Ai di Lubok Antu telah berjaya ditanam dengan pokok gaharu melalui kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak ( JHS) Hamden Mohammad berkata, program itu berjaya dilaksana dengan sokongan serta kerjasama daripada masyarakat setempat.

“Jabatan ingin menyasarka­n untuk menjadikan seluas 30 hektar ditanam dengan pokok gaharu.

“Sehingga kini antara lima hingga 10 hektar telah ditanam dengan kerjasama masyarakat setempat selain pelbagai NGO dan pelajar institusi pengajian tinggi,” katanya ketika ditemui pem- berita di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Kesedaran Awam Jabatan Hutan Sarawak sempena Minggu Inovasi Perkhidmat­an Awam Negeri yang disempurna­kan Pengarah Unit Pemodenan Perkhidmat­an Negeri Dr Anthoney Valentine Laiseh.

Hamden menegaskan, bahawa program itu juga membantu mempromosi­kan ekopelanco­ngan di kawasan berkenaan serta memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Program ini bukan sahaja aktiviti menanam pokok kerana jabatan mempunyai program komuniti yang lain seperti dialog dan persembaha­n kebudayaan yang melibatkan komuniti setempat,” katanya.

Beliau mengalu- alukan mereka yang ingin menyertai program berkenaan untuk bekerjasam­a dengan jabatan bagi melihat gaya hidup penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, jabatan mencadangk­an untuk mewajibkan semua bahagian dan unit di peringkat ibu pejabat serta Pejabat Hutan Wilayah menubuhkan kumpulan inovasi masing-masing.

Ia kata beliau, untuk memastikan budaya inovasi dapat terus dipupuk dan diamalkan di jabatan dengan melibatkan semua kakitangan

Beliau menggesa kakitangan supaya tidak pasif untuk mencadangk­an idea dan sistem baharu demi manfaat kepada jabatan.

Tambahnya, jabatan akan meneruskan komitmen bagi memulihara alam sekitar.

 ??  ?? SIMBOLIK: Anthoney menanam pokok di pekarangan pejabat RDID selepas majlis perasmian. Turut kelihatan Hamden (depan, tiga kanan) dan Wan Lizozman (empat kiri).
SIMBOLIK: Anthoney menanam pokok di pekarangan pejabat RDID selepas majlis perasmian. Turut kelihatan Hamden (depan, tiga kanan) dan Wan Lizozman (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia