Utusan Borneo (Sarawak)

Pengeluara­n PL kepada syarikat perladanga­n perlu penjelasan

-

MIRI: Dua wakil dari Nanga Seridan di Tinjar dan Sungai Malikat di Marudi mahu Kerajaan Sarawak menjelaska­n mengapa lesen Pajakan Sementara (PL) boleh dikeluarka­n kepada syarikat perladanga­n di tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) milik mereka.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media di sini semalam, Ketua Kaumnya Tuai Rumah Nanta Sandau dari Sungai Malikat mendakwa sejak tahun lalu, syarikat berkenaan telah mendakwa bahawa mereka sudah diberi dan memiliki lesen PL untuk membangunk­an perladanga­n kelapa sawit di tanah tersebut (tanah NCR).

“Kawasan tersebut adalah tanah NCR milik kami yang diceroboh oleh individu tidak dikenali. Malah ia telah berlarutan selama hampir dua tahun lalu,” katanya.

Sehubungan itu, Nanta mendesak Kerajaan Sarawak mengkaji semula isu tersebut dan pada masa yang sama, berhenti mengeluark­an lesen PL kepada syarikat-syarikat perladanga­n, terutama di Daerah Poyut/Lubok Nibong di Marudi.

Sementara itu, Sangaya Pagai dari Nanga Seridan di Tinjar mendakwa bahawa mereka belum pernah menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa berkaitan sama ada projek perladanga­n tersebut memberi kesan kepada tanah NCR mereka atau sebaliknya.

Beliau menjelaska­n bahawa pihaknya juga sudah menulis surat kepada Lembaga Pem- bangunan dan Lindungan Tanah Sarawak ( LCDA), pada April tahun ini, bagi mengutarak­an bantahan terhadap projek perladanga­n tersebut yang didakwa dibangunka­n di atas tanah NCR mereka.

Turut hadir pada sidang akhbar tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon dan ADUN Tanjung Batu Chew Chiu Sing.

Sementara itu, Dr Ting sebaliknya mahu Kerajaan Sarawak dan wakil rakyat di kawasan masing-masing mengadakan mesyuarat awam dan mendengar pandangan rakyat mereka berhubung sesuatu isu terutama berkaitan tuntutan tanah dan kehidupan rakyat.

 ??  ?? BANTU: Dr Ting (lapan kiri) dan Chew bergambar bersama penduduk rumah panjang terbabit dan ahli SAM serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas sidang media tersebut.
BANTU: Dr Ting (lapan kiri) dan Chew bergambar bersama penduduk rumah panjang terbabit dan ahli SAM serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas sidang media tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia