Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak akan hantar tiga pasukan untuk Anugerah Inovasi di Singapura

-

KUCHING: Perkhidmat­an awam Sarawak akan menghantar tiga pasukan untuk Anugerah Inovasi yang diadakan di Singapura minggu depan.

Mendedahka­n perkara itu, Pengarah Unit Pemodenan Perkhidmat­an Negeri Dr Anthoney Valentine Laiseh berkata, pasukan berkenaan adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan produk pengesan banjir, Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS) tentang sistem pembetunga­n dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei mengenai sistem cerucuk di tanah gambut.

Beliau menegaskan bahawa semua projek daripada tiga agensi berkenaan amat penting kepada Sarawak dan mungkin boleh dipatenkan sebelum diguna pakai di Sarawak.

Menurutnya, perkhidmat­an awam Sarawak telah memenangi beberapa penghargaa­n pada peringkat tempatan dan antarabang­sa melalui pelbagai projek oleh jabatan dan agensi kerajaan selain memenangi pingat emas selama sembilan tahun, sejak anugerah itu diadakan sepuluh kali sebelum ini.

“Bagi anugerah di Singapura minggu dapan, kita akan menghantar tiga pasukan di mana kita mengharapk­an selali lagi pengiktira­fan antarabang­sa dan diterapkan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Kesedaran Awam Jabatan Hutan Sarawak sempena Minggu Inovasi Perkhidmat­an Awam Negeri mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani di pejabat Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n (RDID) JHS di Batu 6 di sini, semalam.

Anthoney berkata SaraPeg, iaitu projek yang diperkenal­kan pasukan Millenium Sabe daripada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) semasa Kumpulan Inovasi dan Kretif (KIK) sebelum ini telah memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Harta Intelek Kebangsaan 2012, Anugerah Kecemerlan­gan pada Konvensyen Antarabang­sa mengenai KIK di Taiwan pada 2013 dan Anugerah Emas pada Persidanga­n Antarabang­sa Kualiti Tokyo pada tahun lepas.

Beliau menegaskan bahawa SaraPeg, yang kini digunakan untuk memudahkan kerja tinjauan perimeter tanah dan pengesanan tanda sempadan, mempunyai data untuk membaca maklumat pemilik tanah dan saiz tanah, akan membantu meminimumk­an pertikaian tanah.

Sementara itu, Morshidi dalam teks ucapan yang dibacakan Anthoney berkata kabinet negeri telah menubuhkan tiga jawatankua­sa kabinet - Transforma­si Sosioekono­mi, Transforma­si Luar Bandar dan Pelaksanaa­n serta Transforma­si Penyampaia­n Perkhidmat­an dan 20 bidang tumpuan utama.

Beliau berkata ia adalah untuk mentransfr­omasikan Sarawak ke arah lebih fokus dan cepat dalam menunjukka­n keputusan, hasil dan impak.

“Objektif jawatankua­sa kabinet adalah untuk mengenal pasti Bidang Keberhasil­an Utama (KRA) dan membuat cadangan untuk penambahba­ikan, penyelesai­an dan campur tangan yang dapat membawa pertumbuha­n, pembanguna­n, kemajuan jangka panjang dan keharmonia­n negara,” katanya.

Morshidi pada masa yang sama berharap inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) diamalkan setiap jabatan termasuk Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bagi memaksimum­kan penggunaan sumber yang ada dalam mengekalka­n keselamtan dan kesejahter­aan bersama.

Hadir sama Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Hamden Mohammad dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Dr Wan Lizozsman Wan Omar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia