Utusan Borneo (Sarawak)

Perbetul ketidaktep­atan buku teks Sejarah selaras pindaan Perlembaga­an Persekutua­n

-

Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Persekutua­n- Negeri dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Sarawak secara dasarnya akan menyokong cadangan tersebut sekiranya ia baik untuk Sarawak, Sabah dan Malaysia keseluruha­nnya.

“Buat masa ini, kami sedang menunggu cadangan tersebut dan akan membincang­kannya dengan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg).

“Kita akan mendukung selagi ia baik untuk negeri ini dengan mengembali­kan semua hak kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Undang- Undang) Datuk Liew Vui Keong di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Manakala Ahli Parlimen Petra Jaya merangkap Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau akan berbincang serta mendapatka­n panduan daripada Kerajaan Sarawak termasuk Ahli Parlimen GPS mengenai kebaikan pindaan tersebut kepada Sabah, Sarawak dan Malaysia keseluruha­nnya.

“Dari segi dasar, Ketua Menteri ( Abang Johari) sudah menyatakan bahawa kita boleh menyokong apa yang membawa kebaikan kepada Sarawak dalam mengembali­kan kuasa yang terhakis dan apa yang telah dipersetuj­ui dalam MA63.

“Kalau ini memang kita akan menyokong tapi sama ada kita akan menyokong apa yang akan dibawa ke Parlimen, saya tak dapat menyatakan sehingga kita melihat secara terperinci cadangan pindaan yang akan dibuat,” katanya yang turut ditemui semasa menghadiri majlis berkenaan.

Sementara Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatka­n pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an P e r s e k u t u a n y a n g dicadangka­n itu sebagai langkah permulaan yang betul untuk kerajaan persekutua­n mengembali­kan status Sabah dan Sarawak sebagai wilayah dalam Malaysia, bukan lagi sebuah negeri.

“Bagi saya pindaan ini tidak ada apa-apa, hanya mengubah undang-undang sahaja dan cuma memerlukan sokongan dua pertiga majoriti daripada Parlimen untuk menjadikan Sarawak dan Sabah sebagai dua wilayah berasingan dengan Semenanjun­g Malaysia.

“Inilah perkara yang perlu diperjelas­kan di bawah MA63 dan oleh sebab itu, Perlembaga­an Malaysia yang dipinda pada tahun 1976 perlu dilihat semula untuk mengubah apa yang ada sekarang,” ujarnya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Undang- Undang) Datuk Liew Vui Keong berkata beliau akan mencadangk­an untuk meminda Perkara 1 (2) Perlembaga­an Persekutua­n bagi memulihkan status Sabah dan Sarawak seperti sebelum pindaan dibuat pada 1976.

Jelasnya, cadangan pindaan tersebut akan dikemukaka­n kepada kabinet dahulu sebelum dibentangk­an kepada Parlimen pada persidanga­n yang dijadual bermula 15 Oktober ini.

“Dengan kata lain , Sabah dan Sarawak akan mendapat status mereka seperti yang termaktub di bawah Perkara 4, MA63.

“Adalah menjadi harapan saya bahawa kita semua, rakyat Malaysia, kekal bersatu dan bersatu hati dalam meminda Artikel 1 (2) dan membetulka­n ketidakadi­lan yang dialami Sabah dan Sarawak selama tiga dekad lalu,” ujarnya. MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menggesa M e n t e r i P e n d i d i k a n membetulka­n ketidaktep­atan dalam buku teks Sejarah selaras dengan pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n mengembali­kan status Sabah dan Sarawak diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Setiausaha Agungnya Datuk Sebastian Ting berkata ketidaktep­atan dalam buku teks Sejarah berkaitan pembentuka­n Malaysia di mana Sarawak dan Sabah tidak pernah menyertai Malaya pada 1957 tetapi membentuk Malaysia dengan Malaya, Singapura dan Sabah pada 16 September 1963.

Beliau berkata, seperti dicadangka­n oleh Liew pindaan itu melibatkan Perkara 1 (2) Perlembaga­an Persekutua­n kembali kepada kata-kata asal seperti ditakrifka­n di bawah Perkara 4 Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Bagaimanap­un, pindaan ini perlu dibuat dengan pindaan sama kepada Perkara 160 Perlembaga­an Persekutua­n mengenai takrif ‘Persekutua­n’ kerana tidak sesuai merujuk kepada Tanah Melayu sebagai Persekutua­n diwujudkan. Perubahan kepada Perkara 1 (2) tidak boleh dilakukan sendiri.

“SUPP berharap sukatan mata pelajaran Sejarah itu diperbetul dan disediakan untuk pelajar tahun depan.

“Tolong lakukan apa yang perlu supaya pelajar kita tahu fakta-fakta betul mengenai pembentuka­n Malaysia.

“Justeru, kami mahu M e n t e r i P e n d i d i k a n

Buat masa ini, kami sedang menunggu cadangan tersebut dan akan membincang­kannya dengan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg). Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Persekutua­n-Negeri dan Pemantauan Projek

membetulka­n ketidaktep­atan dalam buku teks Sejarah dan konsisten dengan pindaan untuk kegunaan pelajar tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ting menambah, SUPP mengalu-alukan pengumuman Liew bahawa kerajaan persekutua­n memandang serius usaha memulihkan Sarawak sebagai rakan kongsi Malaya dan Sabah dalam Persekutua­n dan berharap dapat memajukan cadangan pindaan rang undang-undang pada sidang Parlimen bermula 15 Oktober ini.

Kelmarin, Liew pada majlis makan malam di Kuching mengumumka­n bahawa kerajaan meminda Perkara 1 (2) Perlembaga­an Persekutua­n untuk mengembali­kan status Sabah dan Sarawak.

Menurut Liew, sebagai kesinambun­gan ucapan Perdana Menteri pada 16 September lalu di Kota Kinabalu, beliau sukacita mengumumka­n bahawa kerajaan akan meminda Perkara 1 ( 2) untuk mengembali­kan status Sabah dan Sarawak seperti sebelum pindaan dibuat pada 1976.

Katanya, dalam erti kata lain Sabah dan Sarawak mendapat kembali status seperti ditakrifka­n di bawah Perkara 4 Perjanjian Malaysia 1963.

Ting berkata, SUPP percaya ini adalah permulaan positif ke arah perkongsia­n sama dan mengembali­kan semua hak istimewa termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan untuk Sarawak yang terhakis selama ini.

 ??  ?? BINCANG: (Dari kanan) Hasidah, Fadillah dan Liew membincang­kan sesuatu pada majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Kuching, kelmarin.
BINCANG: (Dari kanan) Hasidah, Fadillah dan Liew membincang­kan sesuatu pada majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Kuching, kelmarin.
 ??  ?? LANGKAH BAIK: Wan Junaidi mengulas mengenai pindaan Perkara 1( 2) Perlembaga­an Persekutua­n pada sidang media di Kuching, semalam.
LANGKAH BAIK: Wan Junaidi mengulas mengenai pindaan Perkara 1( 2) Perlembaga­an Persekutua­n pada sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia