Utusan Borneo (Sarawak)

Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 bakal ketengah forum menarik, penting

-

KUCHING: Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 bakal mengetenga­hkan forum yang menarik dan penting untuk pengetahua­n generasi Sarawak pada hari ini.

Pengerusin­ya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, antara topik yang menjadi tumpuan adalah Perlembaga­an Persekutua­n dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dengan ucap tama akan disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dengan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol sebagai moderator, forum tersebut turut menampilka­n penceramah iaitu Pengerusi Yayasan Tun Jugah Tan Sri Datuk Amar LeonardLin­ggiJugah,Peguam Besar Sarawak Datuk Talaat Mahmood Abdul Rashid dan Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri.

“Kitatahu, banyakpers­oalan mengenai MA63 dan melalui topik ini, ia menjadi platform untuk anak- anak Sarawak mengetahui­nya,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 di sini, semalam.

Selain itu, Wan Junaidi forum tersebut juga akan membentang­kan topik ‘Pelan Transforma­si Sarawak: Ke Arah Pendapatan Tinggi dan Pembanguna­n Negeri 2030’.

Katanya, topik ini akan menampilka­n Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak Datu Len Talif Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Sharbini Suhaili dan Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak Dr Zaidi Razak.

Beliau menambah, topik Masa Depan Sarawak dalam Malaysia Baharu juga akan dibentangk­an oleh penceramah- penceramah terpilih iaitu ADUN Layar Gerald Rentap Jabu, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang dan Ketua Pemuda PDP Robert Ayu.

Katanya, satu lagi topik menarik iaitu ‘ Sarawak Success Stories: From Zero To Hero’ bakal menampilka­n para selebriti berasal dari Sarawak seperti penyanyi terkenal Noh Salleh, pemain skuasy kebangsaan Azlan Iskandar, penerjun kebangsaan Pandelela Rinong dan Guru Besar SK Ulu Lubai Jaul Bunyau.

Manakala, kemuncak program adalah sesi bual bicara bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Pengasas meragkap Penasihat Program Lan Berambeh Anak Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 yang akan berlangsun­g pada 20 Oktober ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia ( MITEC), Kuala Lumpur dijangka dihadiri seramai 6,000 anak Sarawak, yang terdiri daripada para pelajar dan mereka yang bekerja di Semenanjun­g Malaysia.

 ??  ?? MENARIK: Wan Junaidi (tengah) bersama Fadillah (dua kiri) serta ahli jawatankua­sa lain membincang­kan mengenai program Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 selepas sidang media semalam.
MENARIK: Wan Junaidi (tengah) bersama Fadillah (dua kiri) serta ahli jawatankua­sa lain membincang­kan mengenai program Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 selepas sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia