Utusan Borneo (Sarawak)

Soo persoal dakwaan proses pinda Artikel 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n memakan masa

-

KUCHING: Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo mempersoal­kan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Undang- Undang) Datuk Liew Vui Keong bahawa proses meminda Artikel 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n akan memakan masa.

Beliau katanya sudah meneliti Hansard pada 1976 di mana A354 Seksyen 2 yang merupakan himpunan 100 pindaan yang diluluskan sebagai satu blok dan Artikel 1(2) diterima oleh semua Ahli Parlimen tanpa perbahasan atau bantahan.

“Jika proses ketika itu dapat diluluskan di satu sesi Parlimen, kenapakah ia kini memerlukan masa untuk membatalka­nnya?” soal beliau dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Soo berkata beliau akan melihat apa yang akan berlaku dan akan menunggu untuk melihat janji Liew direalisas­ikan tidak lama lagi apabila rang undang-undang yang beliau cadangkan diumumkan nanti.

“Proses yang perlu dijalankan hanyalah untuk mengembali­kan Artikel 1(2) kepada asalnya pada 1963, dan menambah klausa tambahan kepada Akta Pembanguna­n Petroleum dan Akta Laut Wilayah. Akta ini tidak akan diguna pakai oleh Sabah dan Sarawak,” katanya.

Soo menegaskan proses itu sahaja diperlukan dalam Parlimen dan perlembaga­an sekarang, dan segalanya akan menjadi seperti yang sepatutnya.

Sementara itu Isnin lepas, Liew pada sidang media di sini berkata, kerajaan persekutua­n serius untuk meminda Perkara 1( 2) Perlembaga­an Persekutua­n bagi mengembali­kan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak dalam Malaysia seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, bagaimanap­un untuk meminda Artikel 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n di Parlimen ia memerlukan sokongan daripada pihak pembangkan­g.

Menurut beliau, pindaan artikel itu untuk diluluskan di Parlimen mesti mendapat sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, yang bermakna pihak pembangkan­g juga mesti mengundi untuk menyokong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia