Utusan Borneo (Sarawak)

S4S mahu wakil GPS dalam kabinet kaji pelaksanaa­n MA63

-

MIRI: Pergerakan Sarawak 4 Sarawakian (S4S) mahu wakil Gabungan Parti Sarawak ( GPS) yang dipilih dalam Jawatankua­sa Khas Kabinet bagi mengkaji semula dan menyelaras­kan pelaksanaa­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), supaya membawa perkara tersebut pada P e r s i d a n g a n D e w a n Undangan Negeri ( DUN) pada November depan, sebelum sebarang keputusan dibuat.

P e n g a s a s b e r s a m a S4S Erick Chin berkata, beliau berasa tidak selesa dengan pengumuman yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Kiong berhubung jawatankua­sa khas kabinet tersebut dan berpendapa­t apa sahaja keputusan berkaitan masa depan Sarawak tidak boleh dibuat dengan tergesages­a.

“Sebagai permulaan, mereka mesti ‘memulihkan’ dan mendidik rakyat ( dari Sarawak dan Sabah) berdasarka­n Perkara 1( 2) Perlembaga­an Persekutua­n yang menyatakan Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi yang sama dalam persekutua­n Malaysia.

“Hanya pada masa itu, MA63 boleh dilaksanak­an sepenuhnya,” kata Chin ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam mengenai pengumuman Liew itu.

Katanya, sudah pasti penyebaran maklumat seperti itu mestilah melalui semua portal media supaya rakyat terutama penduduk Sabah dan Sarawak tahu dan memahami hak mereka sepenuhnya.

Pada masa yang sama, Chin memberi amaran bahawa GPS tidak boleh membuat keputusan penting berkaitan perkara itu di tangan mereka sendiri, tanpa mendapatka­n persetujua­n rakyat Sarawak khasnya.

Jika perkara itu berlaku, maka ia boleh mempengaru­hi kedudukan mereka di mata rakyat dan boleh menyebabka­n mereka kehilangan kerusi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang.

“Sama ada kerajaan pusat yang diterajui Pakatan Harapan ( PH) ikhlas atau tidak, GPS tidak boleh menandatan­gani apa- apa sehingga Ordinan Referendum yang dikuatkuas­akan di Sabah dan Sarawak.

“Paling penting ialah suara rakyat mesti didengar,” tegas Chin lagi.

Kelmarin di Kuching, Liew mengumumka­n barisan penuh jawatankua­sa khas kabinet yang ditubuhkan untuk mengkaji semula dan menyelaras­kan pelaksanaa­n MA63 akan dibentangk­an kepada kabinet pada minggu ini.

Liew berkata, memorandum mengenai jawatankua­sa juga telah dihantar kepada kementeria­n berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia