Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja kilang kelapa sawit maut tersepit mesin konveyor

-

JOHOR BAHRU: Seorang warga Bangladesh yang bekerja di kilang kelapa sawit maut setelah tersepit pada mesin konveyor di Sungai Kachur Palm Oil Mill, Kota Tinggi, di sini lima hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superinten­den Ahsmon Bajah mengesahka­n menerima laporan kejadian tersebut.

Menurut beliau, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Uddin Monir, 29, sedang melakukan kerja pembersiha­n pada mesin tersebut.

“Tiada unsur jenayah dalam kemalangan ini dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Sementara itu, Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Johor (JKKP) berkata ketika kejadian, rakan mangsa tiba-tiba terdengar jeritan mangsa dan segera mengarahka­n mesin diberhenti­kan sebelum menemui mangsa tersepit di bahagian ‘bracket’ mesin terbabit.

JKKP dalam satu kenyataan berasingan berkata, mangsa kemudian terus dibawa ke Hospital Kota Tinggi oleh majikannya dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital berkenaan.

Buat masa ini, pihak JKKP sedang menjalanka­n siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian selain turut mengeluark­an satu notis pemberhent­ian kerja ke atas kerja pembersiha­n konveyor dan sembilan notis pembaikan.

Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya didapati perlanggar­an peraturan di bawah Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan ( 1994) ke atas pihak yang bertanggun­gjawab dengan denda maksimum sebanyak RM50,000.

“JKKP memandang serius setiap kemalangan yang berlaku terutama melibatkan pekerja, orang awam mahupun harta benda,” kata jabatan itu.

Menurutnya, kejadian seumpama itu dapat dielakkan jika majikan melaksanak­an penaksiran dan kawalan risiko yang komprehens­if. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia