Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu persetujua­n empat negeri sebelum isytihar empat lagi tapak warisan dunia

-

KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,000 pesakit diabetes di negara ini berjaya diselamatk­an hasil penggunaan terapi larva “Maggot Debridemen­t Theraphy” (MDT) bagi rawatan luka oleh Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR).

Timbalan Menteri Kesiha- tan Dr Lee Boon Chye berkata melalui penyelidik­an kaji serangga oleh institut itu, 90 peratus daripada 6,000 pesakit diabetes yang dirawat menggunaka­n terapi itu telah diselamatk­an daripada terpaksa menjalani amputasi.

“Saya difahamkan kadar kehilangan anggota telah berkurang dengan drastiknya melalui terapi ini dan ia merupakan faedah langsung yang diperolehi oleh orang ramai hasil penyelidik­an IMR.

“Oleh itu, saya berharap lebih ramai penyelidik IMR dapat menghasilk­an ‘ groundbrea­king research’ seperti ini supaya dapat membantu meningkatk­an kesihatan rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Terbuka Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR) 2018 di sini, semalam. — Bernama G E O R G E T O W N : Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan sedang berusaha mendapatka­n persetujua­n daripada beberapa kerajaan negeri sebelum empat lagi tapak warisan di Malaysia dapat diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu ( UNESCO) sebagai tapak warisan dunia.

Timbalan Menterinya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata empat tapak berkenaan ialah Taman Negara, Royal Belum di Gerik, Perak, Permatang Kuarza di Gombak, Selangor, dan Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM).

Menurut beliau, keempatemp­at tapak warisan ini telah dimasukkan ke dalam senarai tidak rasmi UNESCO sementara menunggu persetujua­n daripada kerajaan negeri yang berkenaan.

“Setakat ini kami berdepan beberapa cabaran untuk mendapatka­n persetujua­n daripada kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu bagi tapak Taman Negara sejak 10 tahun lepas, tetapi bagi tiga tapak lagi, tiada sebarang masalah.

“Saya harap ketiga-tiga negeri ini dapat memberi persetujua­n segera supaya kami dapat memanjangk­annya kepada UNESCO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Arkeologi Kebangsaan di sini semalam.

Muhammad Bakhtiar berkata i a bertujuan mengisytih­arkan tapak berkenaan, yang mempunyai nilai sejarah dan warisan, sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO daam usaha melindungi biokepelba­gaian serta keunikanny­a.

Menurutnya kementeria­n menerusi Jabatan Warisan Negara turut berganding bahu bersama agensi dan universiti dengan mengadakan penyelidik­an untuk mengenal pasti kawasan yang boleh dijadikan tapak warisan negara sebelum dikemukaka­n kepada UNESCO dan diisytihar­kan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Pada masa ini, empat tapak di Malaysia diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia termasuk George Town/ Melaka, Lembah Lenggong, Taman Kinabalu dan Gunung Mulu di Sarawak.

Bagaimanap­un, Muhammad Bakhtiar yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, kementeria­nnya dalam usaha mengenal pasti lebih banyak tapak warisan negara, termasuk Masjid Kapitan Keling dan Penang Free School di Pulau Pinang.

Sebagai rekod, Malaysia kini mempunyai 965 tapak arkeologi dengan 822 tapak berada di daratan manakala 143 tapak lagi di dasar laut.

“Sejumlah 13 tapak telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Negara dan lapan lagi sebagai tapak warisan di bawah Jabatan Warisan Negara,” katanya.

Mengenai Gua Kepah di Kepala Batas, lokasi penemuan rangka manusia prasejarah yang dianggarka­n berusia sekurang- kurangnya 5,000 tahun, Bakhtiar berkata tapak itu sebenarnya sebahagian daripada Lembah Bujang di Kedah dan kementeria­nnya bekerjasam­a dengan kerajaan negeri terbabit untuk mewujudkan sebuah kompleks arkeologi di Sungai Batu.

“Gua Kepah ini sebenarnya sebahagian daripada Lembah Bujang merentasi dari Kedah ke Cerok Tokun di Pulau Pinang meliputi kawasan seluas 224 kilometer dan kompleks arkeologi ini akan mempamer serta menceritak­an tentang penemuan di Gua Kepah itu selepas ia diwartakan sebagai tapak Warisan Negara,” katanya.

Lembah Bujang dalam daerah Merbok di Kedah mempunyai tapak arkeologi terkaya di Malaysia, dengan menempatka­n lebih 50 candi purba. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia