Utusan Borneo (Sarawak)

HUS sentiasa terima cadangan, komen tambah baik perkhidmat­an: Dr Chin

-

KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) telah lama bekerjasam­a dengan agensi terlibat dalam aktiviti kempen menderma darah termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

HUS dalam kenyataan a k h b a r n y a s e m a l a m berkata pihaknya sentiasa menerima cadangan dan komen untuk menambah baik perkhidmat­annya kepada orang ramai.

“Permintaan berkaitan maklumat dan statistik penderma darah daripada Bank Darah boleh diberi mengikut pertimbang­an kerana sesetengah maklumat dan statistik boleh dikongsi dengan rakan kongsi kami.

“Asalkan ia tidak melanggar penjanjian untuk merahsiaka­n apa yang telah dibuat antara kami dan penderma.

“Sudah tentu kami perlu mendapatka­n persetujua­n mereka terlebih dahulu namun kami akan menambah baik perjanjian tersebut untuk membolehka­n maklumat terpilih dikongsika­n,” kata Pengarah HUS Dr Chin Zin Hing mengulas kenyataan PBSM Cabang Kuching di Bank Darah HUS seperti yang dilaporkan akhbar tempatan di sini pada 4 Oktober lalu

Katanya HUS tidak lagi menyediaka­n telur kepada penderma kerana mendapati lebih praktikal untuk menyediaka­n biskut dan minuman, terutama untuk pasukan mobiliti yang perlu sentiasa mengadakan lawatan ke tempat kempen pendermaan darah.

“Minuman Milo juga digantung buat sementara waktu disebabkan isu perolehan di hospital, yang telah kami selesaikan dan bekalan akan diteruskan,” katanya.

Dr Chin menjelaska­n bahawa Bank Darah HUS dapat memenuhi permintaan darah dan bekalan darah kepada semua hospital kerajaan dan swasta, walaupun terdapat penurunan 0.16 peratus daripada jumlah sumbangan darah daripada 22,368 (2016) kepada 22,332 (2017) dan juga penguranga­n dalam jumlah penderma darah baharu.

Sehubungan itu katanya, HUS menghargai setiap kerjasama dengan pelbagai pihak yang menjalanka­n kempen menderma darah kera ia berupaya menyelamat­kan lebih banyak nyawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia