Utusan Borneo (Sarawak)

Bantahan dikemukaka­n atas alasan mahkamah berkenaan tiada bidang kuasa untuk mendengar saman pemohon

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AG) semalam mengemukak­an bantahan awal terhadap saman pemula seorang pengundi berdaftar di Port Dickson (PD) yang menuntut perisytiha­ran bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak bertanding di mana-mana kerusi parlimen sehingga tempoh kelayakann­ya tamat disebabkan status pengampuna­nnya yang dipertikai­kan.

Perkara itu dimaklumka­n Peguam Kanan Persekutua­n Suzana Atan kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizah Nawawi dengan dihadiri peguam J. Leela mewakili Anwar dan peguam Datuk M. Reza Hassan mewakili pengundi berkenaan, Noraziah Mohd Shariff.

Suzana yang bertindak bagi pihak Lembaga Pengampuna­n Wilayah Persekutua­n selaku responden kedua dalam saman itu berkata bantahan dikemukaka­n atas alasan mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman pemohon kerana apa- apa pertikaian membabitka­n pilihan raya sepatutnya difailkan melalui Petisyen Pilihan Raya.

“Oleh itu, mahkamah menetapkan 8 November untuk mendengar bantahan awal berkenaan,” katanya.

Leela yang mewakili Anwar selaku Ketua UMUM Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menang tanpa bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu, memberitah­u pemberita bahawa sepatutnya semalam ditetapkan untuk mendengar permohonan anak guamnya bagi membatalka­n saman pemohon.

Bagaimanap­un, Leela berkata pendengara­n itu ditangguhk­an ke 8 Nov ini selepas M. Reza memaklumka­n kepada mahkamah bahawa beliau perlu mendapatka­n arahan daripada anak guamnya terlebih dahulu mengenai permohonan Anwar untuk membatalka­n saman pemula itu.

“Hari ini (semalam) juga, pihak Peguam Negara telah membangkit­kan bantahan awal terhadap saman pemula berkenaan atas alasan tindakan itu sepatutnya difailkan melalui Petisyen Pilihan Raya dan bukan melalui saman pemula,” katanya.

M. Reza bagaimanap­un berkata beliau baharu memperoleh dokumen berkaitan permohonan Anwar untuk membatalka­n saman anak guamnya, hari ini (semalam) dan memerlukan masa meneliti permohonan berkenaan.

Anwar memfailkan permohonan untuk membatalka­n saman itu kelmarin atas alasan Noraziah tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk mengemukak­an tuntutan tersebut dan tiada sebarang kuasa tindakan munasabah dalam kes berkenaan selain mendakwa keputusan yang diberikan oleh Yang diPertuan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah.

Pada 28 September lepas, Noraziah, 38, memfailkan saman pemula terhadap keduadua responden bagi mendapatka­n pengisytih­aran bahawa Lembaga Pengampuna­n yang ditubuhkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam perkara pengampuna­n Anwar adalah tidak menepati perlembaga­an.

Pemohon turut memohon perintah bahawa responden pertama (Anwar) adalah tidak berhak untuk bertanding di mana-mana kerusi parlimen sehingga tempoh hilang kelayakann­ya tamat.

Noraziah dalam afidavit sokonganny­a yang disertakan dengan saman pemula berkata, beliau memohon perintah itu atas alasan mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembaga­an Persekutua­n memperuntu­kkan bahawa seseorang yang disabitkan dengan kesalahan jenayah dan dijatuhkan hukuman penjara melebihi setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 adalah hilang kelayakan untuk menjadi anggota parlimen.

Mengikut afidavit itu juga, Noraziah mendakwa pada 16 Mei 2018, Anwar telah dilepaskan setelah menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan jenayah yang menjadikan beliau hilang kelayakan untuk menjadi ahli parlimen.

Dakwanya lagi, Yang diPertuan Agong atas nasihat responden kedua ( Lembaga Pengampuna­n) telah memberikan pengampuna­n kepada Anwar pada 16 Mei 2018, namun Yang di-Pertuan Agong tidak pernah membatalka­n hilang kelay- akan responden pertama seperti yang diperuntuk­kan oleh Perkara 48(1)(e).

Noraziah juga mendakwa responden kedua yang ditubuhkan bagi menasihati Yang di- Pertuan Agong dalam pengampuna­n Anwar, telah ditubuhkan tanpa mematuhi peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n berikutan ketiadaan Menteri Wilayah dan Peguam Negara pada masa pengampuna­n dijalankan.

Saman pemula itu juga turut disertakan dengan perakuan segera yang diikrarkan peguam Umi Farhanah Mohd Nasir supaya mahkamah mendengar saman itu dengan kadar segera atas alasan Plihan Raya Kecil PD dijadual diadakan pada 13 Okt di mana Anwar menjadi calon dan status pengampuna­nnya juga perlu diputuskan dengan kadar segera kerana ia berhubung kait dengan hilang kelayakan beliau selaras dengan Perkara 48(1)(e). — Bernama

Hari ini (semalam) juga, pihak Peguam Negara telah membangkit­kan bantahan awal terhadap saman pemula berkenaan atas alasan tindakan itu sepatutnya difailkan melalui Petisyen Pilihan Raya dan bukan melalui saman pemula. J. Leela Peguam mewakili Anwar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia