Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur didakwa masukkan anak saudara dalam mesin basuh

-

KUALA KUBU BHARU: Seorang penganggur yang videonya tular kerana memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin basuh dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang di sini minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini semalam.

Muhammad Irwan Abdul Jalil, 27, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai Majistret.

Lelaki itu didakwa memasukkan anak saudara lelakinya yang berusia tiga tahun ke dalam mesin basuh secara tergopoh- gopoh sehingga membahayak­an keselamata­n mangsa di dalam kedai dobi Laundrybar, No. 11 &11-1, Jalan Orkid 1G/2, Seksyen BS1, Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor, pada 12.30 tengah malam, 2 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Khairulazh­wa Yusrie Mohamad mencadangk­an jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin namun Muhammad Irwan yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan terhadap jaminan.

Mahkamah juga tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin kerana tiada ahli kelurganya yang hadir ke mahkamah untuk diikat jamin dan menetapkan 9 Nov bagi sebutan semula kes.

Pada 3 Oktober lepas, pihak polis menahan tertuduh susulan kejadian seorang kanak- kanak lelaki yang terperangk­ap di dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang selepas video berdurasi satu minit berkaitan insiden itu tular di Facebook.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi 2 Oktober lepas yang tular di Facebook memaparkan detik cemas kanak-kanak yang terperangk­ap di dalam mesin basuh itu diselamatk­an oleh orang awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia