Utusan Borneo (Sarawak)

30 Okt pengurusan kes saman Khalid Samad terhadap presiden GMIM

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Okt untuk pengurusan kes saman Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abd Samad terhadap Presiden Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM) Wan Asshima Kamaruddin berhubung tindakan wanita itu yang merakam, memuat naik dan/atau menerbitka­n sebuah video yang mengandung­i katakata fitnah terhadapny­a.

Perkara itu dimaklumka­n kepada pemberita oleh peguam Nurilya Ellyna Nor Azmal yang mewakili Khalid, selepas kes itu disebut di hadapan Timbalan Pendaftar Rumaizah Baharom di sini.

Salinan pernyataan tuntutan saman itu juga diedarkan kepada media semalam.

Khalid, 61, selaku plaintif yang juga Ahli Parlimen Shah Alam dan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 13 Sept lepas menerusi Tetuan Mohamed Hanipa & Associates dengan menamakan Wan Asshima, 34, sebagai defendan tunggal.

Mengikut penyataan tuntutan, plaintif mendakwa defendan pada 18 Ogos lepas dengan sengaja telah merakam, memuat naik dan/atau menerbitka­n sebuah video yang mengandung­i kata-kata fitnah di laman Facebook miliknya yang boleh dicapai di https://www. facebook. com/ wanasshima, yang secara langsung merujuk kepada Khalid kerana nama dan jawatannya telah disebut secara spesifik.

Menurut plaintif kata-kata fitnah itu difahami bermaksud bahawa beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutua­n telah mengiktira­f dan mengiyakan kedudukan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgende­r) di Malaysia, menaik taraf serta melindungi hak golongan tersebut kerana berjaya menganjurk­an dan meluluskan pesta gay yang terbesar di Kuala Lumpur sempena bulan merdeka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia