Utusan Borneo (Sarawak)

Samun bersenjata: Mahkamah Tinggi tambah hukuman penjara

-

KUALA LUMPUR: Padah buat dua sahabat kerana terpaksa menjalani hukuman penjara lebih lama apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menaikkan hukuman penjara daripada tiga tahun kepada tujuh tahun kerana samun bersenjata­kan pisau di sebuah kedai serbaneka KK Mart.

Hakim Datuk Azman Abdullah juga memerintah­kan Adly Azman, 26, dan Aszrul Nizam Zainal Badol Hizam, 24, yang merupakan jiran, dikenakan tiga sebatan rotan setiap seorang.

Azman membuat keputusan itu selepas membenarka­n rayuan pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Aznika Mohd Anas terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhka­n hukuman penjara masing-masing tiga tahun tanpa sebatan terhadap kedua-dua responden (Adly dan Aszrul Nizam).

“Kalau bawa senjata (sahaja) pun, sudah memperuntu­kkan hukuman penjara minimum lima tahun, apatah lagi membawa senjata dan melakukan kesalahan samun,” kata hakim itu yang memerintah­kan kedua-dua responden menjalani hukuman penjara bermula 15 Mac lepas, iaitu tarikh mereka dijatuhi hukuman di Mahkamah Sesyen.

Mahkamah Sesyen menjatuhka­n hukuman tersebut terhadap kedua- dua lelaki berkenaan selepas mereka mengaku bersalah melakukan samun berkumpula­n bersenjata­kan pisau pemotong sayur terhadap seorang juruwang warga Bangladesh, Md Abu Satter, 22, dengan mengambil wang RM386.70, sebuah telefon bimbit, sekeping coklat, sebekas aiskrim, seunit alat bantuan digital peribadi (PDA), 186 kotak rokok pelbagai jenis yang kesemuanya berjumlah RM8,055.60.

Mereka melakukan kes- alahan itu di KK Supermart, Jalan Suasa Pekan, Sg Besi, Cheras, di sini pada jam 4 pagi, 22 Ogos 2017.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Mengikut fakta kes, ketika mangsa sedang berada di hadapan kedai serbaneka itu, dia telah didatangi dua lelaki itu yang mengacukan pisau pemotong sayur ke arahnya dan mengarahka­n mangsa masuk ke dalam kedai untuk membuka peti wang.

Mangsa yang ketakutan kemudian mengikuti arahan kedua- dua lelaki itu serta menyerahka­n semua wang yang ada di dalam peti tersebut dan mereka juga turut mengambil barangan lain di dalam kedai sebelum melarikan diri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia