Utusan Borneo (Sarawak)

Kekal dipenjara 14 tahun, lima sebatan bagi rogol, seks luar tabii

-

KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif syarikat pengangkut­an yang didapati bersalah merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang wanita yang mahu mendapatka­n pekerjaan dua tahun lepas, terpaksa akur menjalani hukuman penjara 14 tahun dan lima sebatan atas perbuatann­ya itu.

Hasrat perayu, H. N Sathisan, 31, untuk mengurangk­an hukumannya tidak kesampaian selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah menolak rayuannya untuk mengurangk­an hukuman penjara dan sebatannya itu.

Hakim Azman mengekalka­n hukuman penjara 14 tahun dan tiga sebatan bagi kesalahan rogol dan penjara lapan tahun serta dua sebatan bagi kesalahan melakukan seks luar tabii yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen dan perintah mahkamah itu supaya hukuman penjara itu berjalan serentak bermula 18 Mei 2017.

Dalam penghakima­nnya, Hakim Azman berkata terdapat percanggah­an dalam keterangan Sathisan selaku perayu sehingga gagal menimbulka­n keraguan terhadap kes pendakwaan.

“Perayu mengatakan sebelum kejadian itu berlaku, dia dan mangsa dalam keadaan mabuk kerana meminum bir namun dalam rekod rayuannya perayu mengatakan mereka telah meminum coke. Perayu juga mengatakan mangsa adalah teman wanitanya dan telah mengenali mangsa selama dua ta- hun sedangkan mangsa baru sahaja mengenali perayu setelah ditawarkan pekerjaan sebagai setiausaha,” kata hakim itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Aznika Mohd Anas mewakili pihak pendakwaan.

Pada 18 Mei 2017, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhka­n hukuman itu terhadap Sathisan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia