Utusan Borneo (Sarawak)

Setakat ini hanya sebuah pusat tahfiz di Perlis yang terlibat: KPN

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau kesemua pusat tahfiz di seluruh negara sebagai langkah proaktif dan pencegahan awal bagi mengelak ideologi Salafi Jihadi dan Daesh berleluasa di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata setakat ini hanya sebuah pusat tahfiz di Perlis terlibat ideologi ekstremis berkenaan.

“Kami amat khuatir kerana mereka mahu menjadikan pusat tahfiz di Perlis itu sebagai tapak untuk mengembang­kan ideologi berkenaan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Integriti dan pelancaran jurnal integriti PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, semalam.

Mohamad Fuzi mengulas penahanan lapan lelaki termasuk tujuh warga asing oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM dalam operasi di Perlis pada 24 Sept lepas kerana disyaki terlibat dalam tindakan memudaratk­an ketenteram­an awam dan keselamata­n persekutua­n bagi menyebarka­n ideologi itu.

Katanya, pusat tahfiz di Perlis itu dipercayai mempunyai rangkaian dengan militan tertentu di luar negara seperti di Yemen.

“Kami tidak boleh mendedahka­n maklumat lanjut kes

Kami tidak boleh mendedahka­n maklumat lanjut kes berkenaan kerana masih dalam siasatan lagi dan penglibata­n pusat tahfiz lain di seluruh negara dalam ideologi berkenaan masih terkawal. ” Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

berkenaan kerana masih dalam siasatan lagi dan penglibata­n pusat tahfiz lain di seluruh negara dalam ideologi berkenaan masih terkawal,” katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang secara peribadi meminta PDRM mengecuali­kan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam mana-mana siasatan terhadap keganasan di Perlis, Mohamad Fuzi berkata Mohd Asri seharusnya tidak masuk campur dalam tugas polis.

“Itu tugas PDRM, beliau (Mohd Asri) seharusnya tidak masuk campur dengan tugas polis dalam kita memastikan keadaan keselamata­n negara ini terpelihar­a.

“Dia tidak mempunyai hak untuk kata pegawai saya tidak boleh ambil tindakan terhadap pusat tahfiz berkenaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JURNAL INTEGRITI: Mohamad Fuzi (tengah) bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim (kiri) dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Datuk Zamri Yahya menunjukka­n pelancaran Jurnal Integriti PDRM 2018 pada Seminar Pemantapan Integriti di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama JURNAL INTEGRITI: Mohamad Fuzi (tengah) bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim (kiri) dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Datuk Zamri Yahya menunjukka­n pelancaran Jurnal Integriti PDRM 2018 pada Seminar Pemantapan Integriti di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia