Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Pelanconga­n syor cuti sekolah berperingk­at antara negeri

-

KOTA BHARU: Cubaan seorang wanita yang memandu sebuah bas sekolah tanpa lesen memandu yang sah untuk meloloskan diri daripada sekatan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di Jalan Hamzah di sini, dengan mengundurk­an kenderaann­ya, gagal, apabila ditahan anggota JPJ.

Timbalan Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Apandi Jusoh berkata kesalahan lain ialah cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindung­an insurans, tiada Lesen Kenderaan Awam (PSV) serta permit pemeriksaa­n berkala bagi pengangkut­an awam daripada PUSPAKOM sudah tamat tempoh.

“Wanita berusia 47 tahun itu mendakwa beliau memandu bas tersebut untuk ke bengkel kenderaan bagi dibaiki namun semua itu dipercayai sebagai alasan kerana dia kemungkina­n dalam perjalanan mengambil pelajar sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Khas Pengarah Siri 2 di sini, semalam.

Mohd Apandi berkata, bas milik wanita tersebut terpaksa disita oleh JPJ untuk dihantar kepada PUSPAKOM bagi pemeriksaa­n lanjut.

“Kami menasihatk­an pengusaha bas atau pengangkut­an awam agar memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan jangan sesekali memandu tanpa Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans,” katanya.

Mohd Apandi berkata, pihaknya turut menyita tujuh motosikal yang sudah tamat cukai jalan antara tiga bulan hingga lima tahun. — Bernama GEORGE TOWN: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan akan mencadangk­an supaya cuti sekolah dibuat secara berperingk­at bagi memacu sektor pelanconga­n dan mengurangk­an kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan.

Timbalan Menterinya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, pihaknya sedang merangka cadangan itu yang akan dikemukaka­n kepada kepada Kementeria­n Pendidikan, yang dicadang melibatkan cuti sekolah yang biasa diberikan pada Mac, Jun dan September sahaja.

“Kami sedang mengumpul data dari pihak hotel dan pengusaha sektor pelanconga­n sebelum berbincang dengan Kementeria­n Pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Arkeologi Negara keempat di sini semalam.

Katanya, cadangan itu tidak akan melibatkan cuti sekolah di hujung tahun memandangk­an tempoh cuti yang panjang itu seragam buat semua negeri.

“Dengan cuti sekolah secara berperingk­at, kawasan tumpuan pelancong dalam negara akan menerima jumlah kunjungan pelancong lebih sekata sepanjang masa, dan bukannya seperti keadaan sekarang apabila keadaan menjadi terlalu sesak menjelang tiba cuti sekolah,” tambahnya.

Bakhtiar berkata, cadanganny­a adalah supaya cuti sekolah bagi tiga penggal pertama persekolah­an dibuat secara berperingk­at mengikut negeri dalam usaha dalam mengurangk­an kesesakan kehadiran pelancong tempatan pada satu tempoh tertentu sahaja.

“Mungkin kita boleh bahagikan negeri di kawasan utara, selatan dan pantai timur supaya tempoh minggu cuti sekolah di negeri ini berbeza antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya, langkah itu tidak akan melibatkan banyak masalah kerana ketika ini juga ada beberapa negeri seperti Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu melaksanak­an cuti hujung minggu yang berbeza dengan negeri lain iaitu Jumaat dan Sabtu.

“Semasa cuti sekolah, kebanyakan tempat tumpuan pelancong sesak. Contohnya jika kita lihat Melaka dan Cameron Highlands semasa cuti sekolah, tempat ini amat sesak,” katanya.

Katanya, beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat dan Australia juga sudah mengguna pakai pendekatan ini bagi mengelak kesesakan pelancong. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia