Utusan Borneo (Sarawak)

2 wanita tempatan, 1 lelaki Indonesia maut di tempat kejadian

-

KLUANG: Dua wanita warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta dan sebuah motosikal di Km59, Jalan Kota Tinggi-Kluang, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata, dalam kejadian 12.20 tengah malam itu, tujuh individu lain iaitu penumpang keduadua kereta pula cedera.

Katanya, mereka yang maut ialah penumpang belakang kereta Perodua Myvi Rafeah Jaafar, 57, dari FELDA Ulu Belitong dan penumpang hadapan kereta Proton Saga FLX Raveena Christy Rentap, 20, dari Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Seorang lagi yang maut ialah penunggang motosikal warga Indonesia, Dedi Irawan, 19, yang bekerja di FELDA Ulu Penggeli dengan motosikaln­ya tercampak ke dalam parit, katanya dalam kenyataan, semalam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Myvi yang menghala ke Ulu Belitong cuba mengelak kereta Proton Saga FLX yang datang dari arah bertentang­an, setelah pemandu Myvi terlihat percikan api dari Proton Saga, namun gagal dan terus merempuhny­a,” katanya.

Mohd Abduh berkata mangsa yang cedera dikenal pasti Nor Hafira Zainal, 23, pemandu kereta Perodua Myvi bersama-sama tiga lagi penumpangn­ya, Mohd Haswan Zainal, 19, Zaleha Jaffar, 56, dan Muhammad Aniq Syazwan Mohd Fadzil, 3.

Katanya, turut cedera ialah pemandu kereta Proton Saga

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Myvi yang menghala ke Ulu Belitong cuba mengelak kereta Proton Saga FLX yang datang dari arah bertentang­an, setelah pemandu Myvi terlihat percikan api dari Proton Saga, namun gagal dan terus merempuhny­a. ACP Mohd Abduh Ismail Ketua Polis Daerah Kluang

FLX, Azrul Afzam Suriya, 24, dan penumpangn­ya Mohamad Hanafi Fauzi, 24, serta pembonceng motosikal warga Indonesia, Marzoan, 25.

“Ketiga-tiga yang meninggal dunia dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga dan majikan.

“Kesemua mangsa yang cedera juga sedang mendapatka­n rawatan di HEBHK,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Shamsul Amar (tengah) bersama pegawai polis menunjukka­n peralatan untuk memproses dadah jenis syabu (Methamphet­amine) yang berjaya dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan berkaitan dua kes iaitu pembongkar­an setor dadah di Taman Sentosa, Klang dan pembongkar­an makmal dadah di Telok Gong, Pelabuhan Klang, hdekat Klang, semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Shamsul Amar (tengah) bersama pegawai polis menunjukka­n peralatan untuk memproses dadah jenis syabu (Methamphet­amine) yang berjaya dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan berkaitan dua kes iaitu pembongkar­an setor dadah di Taman Sentosa, Klang dan pembongkar­an makmal dadah di Telok Gong, Pelabuhan Klang, hdekat Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia