Utusan Borneo (Sarawak)

Datuk Mohd Zakaria Ahmad dilantik Ketua Polis Pahang baharu

-

KUANTAN: Timbalan Pengarah Siasatan/Perundanga­n, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Zakaria Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Pahang yang baharu, berkuat kuasa semalam.

Beliau mengambil alih tugas Datuk Seri Rosli Abdul Rahman yang dilantik menjadi Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas antara mereka yang berlangsun­g di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

Berucap pada perhimpuna­n itu, Rosli berkata, beliau secara peribadi gembira bertugas di negeri ini kerana komitmen tinggi pegawai dan anggota polis Pahang serta hubungan baik antara agensi kerajaan.

Katanya, ia menyumbang kepada perkara positif dan kejayaan dicapai antaranya menurunkan kadar jenayah iaitu sebanyak 293 kes bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

“Bagi jenayah kekerasan, ia juga menunjukka­n penurunan sebanyak 119 kes iaitu daripada 540 kes pada Januari hingga September tahun lalu kepada 421 kes untuk tempoh sama tahun ini.

“Sementara jenayah harta benda untuk tempoh yang sama tahun ini, sebanyak 2,191 kes dilaporkan berlaku berbanding 2,365 kes tahun lepas, iaitu penurunan 174 kes,” katanya selepas majlis serah terima tugas berkenaan di sini, semalam.

Sementara itu, Mohd Zakaria, 58, yang berasal dari Gurun, Kedah menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1979 dan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPK Pahang pada tahun 2013 hingga 2015 serta menjadi Timbalan Ketua Polis Johor pada tahun 2016.

“Saya akan meneruskan segala usaha dilakukan dan memberi nilai tambah serta mengurangk­an karenah birokrasi,” katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan seramai 19 orang awam termasuk pengamal media menerima Sijil Penghargaa­n Ketua Polis Pahang termasuk wartawan Bernama Siti Salwa Sha’ari, wartawan sambilan, Fairus Mohd serta jurugambar, Mohd Faizol Abd Aziz. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TUGAS: Mohmad Salleh (tengah) menyaksika­n Mohd Zakaria (kanan) menerima tugas daripada bekas Ketua Polis Pahang, Rosli pada majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang, dekat Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama SERAH TUGAS: Mohmad Salleh (tengah) menyaksika­n Mohd Zakaria (kanan) menerima tugas daripada bekas Ketua Polis Pahang, Rosli pada majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang, dekat Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia