Utusan Borneo (Sarawak)

Aplikasi digital e-Philately jadi sumber rujukan pengumpul setem Aplikasi dihasilkan oleh Pos Malaysia dengan kerjasama strategik SKMM

-

CYBERJAYA: Pos Malaysia memperkena­lkan satu aplikasi digital baharu iaitu e- Philately yang menjadi sumber rujukan bagi para pengumpul, cendekiawa­n dan peminat setem tempatan dan juga seluruh dunia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata aplikasi itu yang dihasilkan oleh Pos Malaysia dengan kerjasama strategik Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Persatuan Setem dan Filateli Malaysia (PSM) merupakan satu platform kepada ahli filateli untuk berkumpul di alam siber atau maya bagi tujuan membeli, menjual atau membida setem.

Katanya, pengumpul dan peminat setem juga boleh berbincang mengenai perkembang­an terkini dunia setem dan filateli menerusi aplikasi e-Philately yang boleh dilayari melalui www.ephilately.my.

“Melalui aplikasi itu, kita akan merasai pengalaman tersendiri dunia setem dan filateli menerusi ruang interaktif yang disediakan. Semua maklumat serta informasi terkini ini boleh didapati di dalam aplikasi ini antaranya menerusi ruangan Perkongsia­n Ilmu, Galeri Filateli dan Pautan Berita.

“Saya percaya, ini akan dapat memperting­katkan lagi rasa penghargaa­n terhadap produk setem serta filateli dan agar usaha berterusan ini akan menghidupk­an kembali hobi dan aktiviti pengumpula­n setem dalam kalangan generasi muda,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia di sini semalam.

Menurut Gobind, Pos Malaysia telah mengeluark­an lebih 1,700 setem yang terdiri daripada pelbagai tema seperti flora dan fauna, sambutan ulang tahun serta detik memperinga­ti sejarah penting negara.

“Oleh yang demikian, setem merupakan monumen penting yang perlu dipelihara kerana ia mampu menjadi saksi bagi setiap peristiwa yang berlaku dan mempunyai estetikany­a tersendiri.

“Menyedari kepentinga­n itu, maka tercetusla­h idea untuk mewujudkan suatu aplikasi digital yang mampu menjadi sumber rujukan setiap rakyat di Malaysia dan juga seluruh dunia,” katanya.

Gobind turut melancarka­n ‘ Pos Innovation & Technology Collaborat­ive Hive (P.I.T.C.H) buat julung kali untuk mencari pemain-pemain industri baharu serta sedia ada untuk membentuk serta membangunk­an konsep yang berupaya memberi penyelesai­an digital dalam serahan terakhir.

Katanya, pertanding­an ino- vatif teknologi itu akan menjadi pemangkin kepada industri logistik, pos serta kurier yang paling utama pemangkin kepada segmen e-Dagang dan dibuka penyertaan kepada semua syarikat teknologi atau usahawan teknologi sehingga 15 Oktober ini.

Para peserta yang menyertai pertanding­an P.I.T.C.H yang dianjurkan Pos Malaysia dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ( MDEC) akan disenarai pendek, berpeluang berkongsi idea melalui sesi pembentang­an yang bakal diadakan pada 8 Nov.

Gobind berkata Jabatan Perangkaan Malaysia telah menunjukka­n sumbangan pendapatan e-dagang telah meningkat kepada 6.1 peratus atau RM74.6 bilion pada 2016 berbanding 5.9 peratus atau RM68.3 bilion pada tahun 2015.

Katanya ini telah menjadi dasar kepada Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan Negara yang menyasarka­n lonjakan kadar e-dagang Malaysia mencapai 20 peratus menjelang 2020 dan ini akan menyumbang sebanyak RM211 bilion kepada nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar. — Bernama

Oleh yang demikian, setem merupakan monumen penting yang perlu dipelihara kerana ia mampu menjadi saksi bagi setiap peristiwa yang berlaku dan

tersendiri. ” mempunyai estetikany­a Gobind Singh Deo Menteri Komunikasi dan Multimedia

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Wan Azizah (dua kiri) ketika sidang media di Pejabat Naib Presiden Indonesia semalam yang turut dihadiri Jusuf Kalla (kiri).
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Wan Azizah (dua kiri) ketika sidang media di Pejabat Naib Presiden Indonesia semalam yang turut dihadiri Jusuf Kalla (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia