Utusan Borneo (Sarawak)

NGO Malaysia sertai misi bantuan di Sulawesi

-

KUALA LUMPUR: Usaha membantu mangsa yang selamat dalam gempa bumi dan tsunami di Sulawesi, Indonesia semakin mendapat perhatian kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh dunia.

Antara NGO yang kini giat menghulurk­an bantuan dan mengadakan misi kemanusiaa­n adalah Global Peace Mission (GPM) Malaysia, sebuah yayasan dan NGO kemanusiaa­n yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ketua Pegawai Eksekutif GPM Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata kerjasama dengan GPM Indonesia telah memudahkan penghantar­an barang-barang bantuan kepada penduduk di Kota Palu dan Kabupaten Donggala.

“Bantuan dalam bentuk bahan asas makanan utama kepada penduduk yang memerlukan. Kita juga beri bantuan air bersih kepada mangsa,” katanya selepas rakaman program terbaharu terbitan Bernama News Channel, ‘Upsound’.

‘Upsound’ adalah program bual bicara yang bersiaran setiap Rabu pada 8.30 malam di saluran 502 ASTRO bagi mengupas isu semasa bersama panel jemputan.

Ahmad Fahmi berkata, pihaknya juga akan membantu dalam menyediaka­n khemah untuk penginapan sementara dan menghantar pasukan perubatan sebagai bantuan susulan.

Beliau berkata satu tabung #PeduliGemp­aSulawesi bagi mengumpul dana untuk membantu mangsa gempa di Indonesia telah dilancarka­n oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 3 Okt di Port Dickson.

Edisi pertama episod ‘Upsound’ ini turut menampilka­n wartawan Bernama, Amirul Mohd Sajadi yang berkongsi pengalaman­nya membuat liputan misi kemanusiaa­n selama enam hari, di Palu minggu lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia