Utusan Borneo (Sarawak)

SPR terima pencalonan Anwar bertanding berdasarka­n pengampuna­n diraja: Pengerusi

-

PORT DICKSON: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) semalam sekali lagi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkelayak­an bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson walaupun status pengampuna­n Ketua Umum PKR itu dipertikai­kan.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata pihaknya menerima pencalonan Anwar untuk mewakili Pakatan Harapan ( PH) pada PRK itu adalah berdasarka­n kepada pengampuna­n diraja yang diperolehi­nya daripada Yang di- Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, 16 Mei lepas.

“Kami terima pencalonan Anwar berdasarka­n pengampuna­n dan kami sedar bahawa proses perundanga­n sedang berlangsun­g, (dan) terpulang kepada hakim untuk membuat keputusan dalam isu ini.

“Tetapi buat masa ini Anwar adalah calon yang sah dalam PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas memantau proses perjalanan undi awal di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, semalam.

Sebelum ini, status kelayakan Anwar untuk bertanding dipersoal pelbagai pihak termasuk terbaru daripada Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang dilaporkan berkata kononnya Anwar tidak layak bertanding pada PRK itu kerana Yang di- Pertuan Agong hanya memberikan pengampuna­n penuh dan bukan pengampuna­n bebas.

Sementara itu, ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong kelmarin yang mendakwa Anwar telah melanggar Akta Pilihan Raya 1954 kerana memberi sogokan kepada pengundi semasa kempen PRK itu berlangsun­g, Azhar berkata beliau menyerahka­n perkara tersebut pada polis untuk menyiasat.

Katanya, setiap calon mempunyai hak untuk membangkit­kan isu yang mereka rasakan salah dan membuat laporan polis.

“Biar polis siasat mengikut lunas udang-undang. Ini satu perkembang­an baik di mana pengundi dan calon semakin arif, itu satu demokrasi sihat...jadi kita biarkanlah,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Azhar turut mengesahka­n seramai 6,636 orang warga Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) dan pasangan terbabit dalam proses pengundian awal PRK hari ini dan bukannya seramai 5,631 seperti dikeluarka­n pihak ATM.

“Saya ingin menekankan bahawa jumlah yang sebenarnya yang telah disahkan ialah jumlah yang diisytihar­kan pihak SPR semalam (kelmarin).” — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUANG UNDI: Azhar (dua kanan) bersama Timbalan SPR Tan Sri Othman Mahmood (kanan) meninjau proses undi awal PRK Port Dickson di IPD Port Dickson, semalam.
— Gambar Bernama BUANG UNDI: Azhar (dua kanan) bersama Timbalan SPR Tan Sri Othman Mahmood (kanan) meninjau proses undi awal PRK Port Dickson di IPD Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia