Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Isa nafi wakili UMNO

-

PORT DICKSON: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan pembabitan beliau sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil ( PRK) Parlimen Port Dickson adalah bagi mewakili UMNO.

Bekas pengerusi FELDA itu sebaliknya menegaskan keputusann­ya bertanding adalah disebabkan parti yang disertainy­a dahulu tidak meletakkan calon selain tidak bersetuju kerusi Parlimen berkenaan dikosongka­n dengan sengaja.

“Kalau ada pihak yang menyatakan saya bertanding sebagai ejen UMNO, itu saya nafikan... untuk apa saya bertindak sebagai ejen UMNO... saya fikir, itu tidak betul. Tidak ada sebab saya menjadi ejen UMNO,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan bahawa walaupun beliau meletak jawatan dalam UMNO, namun penyertaan dalam PRK berkenaan sebagai calon Bebas seolah- olah mewakili UMNO untuk mengelak parti lamanya menanggung malu sekiranya kalah.

Mohd Isa, mengumumka­n keluar dari UMNO pada 27 September lepas, dua hari sebelum hari penamaan calon PRK Parlimen Port Dickson.

PRK Parlimen Port Dickson menyaksika­n pertanding­an tujuh penjuru membabitka­n Mohd Isa, calon Pakatan Harapan ( PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Lt. Kol ( B) Mohd Nazari Mokhtar dan empat calon Bebas termasuk bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongka­n penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 September lepas, bagi membolehka­n Anwar yang baharu- baharu ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke- 14, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahka­n calon Barisan Nasional Datuk V. S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia