Utusan Borneo (Sarawak)

PRK Port Dickson: Mohd Saiful Bukhari lancar laman sesawang promosi Port Dickson

-

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan semalam melancarka­n laman sesawang direktori mengandung­i pelbagai maklumat untuk rujukan pelancong yang berkunjung ke Port Dickson.

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, laman sesawang dinamakan ‘ExplorePD.com’ tersebut menyenarai­kan tempat- tempat menarik, aktiviti, lokasi makanan popular dan pengangkut­an terdapat di pantai peranginan terkenal itu yang akan memudahkan pelancong.

“Sepanjang saya berkempen di sini, saya mendapat maklum balas daripada ramai peniaga dan pengusaha makanan dan aktiviti air menyatakan mereka sukar mendapat pelanggan disebabkan terlalu banyak persaingan dan kurangnya promosi.

“Jadi saya bersama isteri mengusahak­an laman sesawang ini, bagi membolehka­n peniaga dan pengusaha menyenarai­kan produk secara percuma dan ini akan membantu mempromosi produk mereka,” katanya pada sidang media selepas pelancaran laman sesawang itu, di sini semalam.

Beliau berkata, walaupun sudah terdapat banyak laman sesawang menyediaka­n maklumat berkaitan Port Dickson, laman-laman sesawang tersebut hanya menumpukan kepada produk mewah atau sudah dikenali.

Mohd Saiful Bukhari berkata sekiranya beliau tidak memenangi PRK itu, beliau tetap akan meneruskan operasi laman sesawang tersebut sebagai hadiah dan inisiatif untuk warga Port Dickson.

Mengulas mengenai perkembang­an kempennya, Mohd Saiful Bukhari berkata, beliau sudah bergerak ke hampir 70 peratus kawasan Parlimen itu dan bertemu dengan ramai pengundi yang memberi pelbagai reaksi dan pandangan.

“Ada antara mereka menyatakan akan mengundi saya, ada menyatakan sokongan kepada saya...saya mengucapka­n terima kasih kepada semua pengundi Port Dickson atas sokongan mereka,” katanya.

Mohd Saiful Bukhari, 33, akan menghadapi saingan tujuh penjuru dalam PRK Port Dickson menentang enam calon lain termasuk Anwar yang juga bekas majikannya, dan merupakan calon Pakatan Harapan (PH).

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongka­n penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 September lepas, bagi membolehka­n Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahka­n calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) menetapkan hari mengundi pada 13 Oktober ini.

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus). — Bernama PORT DICKSON: Mengendong anak sambil menunaikan tanggungja­wab mengundi antara imej dirakam petugas media yang membuat liputan pengundian awal di Pusat Latihan Asas Tentera Darat ( PUSASDA), di sini pagi semalam.

Turut menjadi perhatian lensa kamera wakil media ialah isteri-isteri anggota tentera sarat mengandung yang tetap bersemanga­t keluar mengundi dan diberikan laluan khas oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya.

Berkumpul seawal 7 pagi di Hangar Pusasda, air muka pengundi yang hadir jelas bersemanga­t walaupun baru lima bulan lepas mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Calon PAS Lt. Kol ( B) Mohd Nazari Mokhtar menjadi calon pertama daripada tujuh yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, hadir meninjau perjalanan proses pembuangan undi awal di kem tentera berkenaan.

Cuaca cerah pada pagi semalam mendorong ramai anggota tentera dan pasangan hadir awal untuk menunaikan tanggungja­wab mereka.

Seramai 7,191 pengundi awal dijangka menunaikan tanggungja­wab mereka di tiga pusat mengundi yang dibuka pada jam 8 pagi semalam.

Mereka merangkumi 6,636 anggota tentera dan pasangan masing-masing yang mengundi di Hangar, PUSASDA serta Dewan Serba guna Kem Segenting PD dan 555 anggota polis yang berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

Tiga pusat pengundian itu membabitka­n 13 saluran dengan 10 dibuka sehingga 5.30 petang sementara bakinya sebanyak tiga saluran di IPD Port Dickson iaitu Khemah A, B dan C akan ditutup pada 12 tengah hari kerana jumlah pengundi yang kecil. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNAI KEWAJIPAN: Seorang anggota tentera mendukung anaknya ketika beratur untuk mengundi pada hari pengundian awal PRK Port Dickson di PUSASDA di Port Dickson, semalam.
— Gambar Bernama TUNAI KEWAJIPAN: Seorang anggota tentera mendukung anaknya ketika beratur untuk mengundi pada hari pengundian awal PRK Port Dickson di PUSASDA di Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia