Utusan Borneo (Sarawak)

Bukan mudah untuk menggantik­an pemain seperti Ronaldo: Paratici

-

MILAN, Itali: Pengarah sukan Juventus, Fabio Paratici berkata Isnin lepas di mana ia bukan mudah untuk menggantik­an seorang pemain seperti Cristiano Ronaldo selain menolak satu kepulangan ke Itali untuk pemain tengah Manchester United, Paul Pogba.

Ronaldo, 33, menyertai Juventus dari Real Madrid pada musim panas lalu dengan yuran perpindaha­n 100 juta euro.

Real sudah tewas tiga kali dan seri satu dari empat perlawanan terakhir mereka dan ketika ini berada di tangga keempat La Liga Sepanyol.

“Ronaldo mungkin pemain terbaik dalam sejarah bola sepak, jadi beliau bukannya mudah untuk diganti,” kata Paratici ketika memberitah­u wartawan pada satu majlis di Rieti selepas menerima anugerah ‘ Pengurus Terbaik’.

Paratici mendedahka­n Ronaldo sudah berminat untuk menyertai Juventus sebelum perpindaha­n direalisas­ikan.

“Kami ada bercakap mengenainy­a di peringkat awal dan serta-merta kami mendapat gambaran di mana beliau mahu menyertai kami, dan ia satu kelebihan besar buat kali,” kata beliau.

“Real Madrid mempunyai satu persetujua­n khas dengan beliau dan pengurusan kedua-dua kelab memulakan rundingan.”

Paratici menegaskan sokongan Juventus kepada Ronaldo, yang ketika ini menghadapi tuduhan rogol yang dikatakan berlaku pada 2009.

“Cristiano adalah seorang yang mudah dan sangat profesiona­l, beliau mendapat segala sokongan kami,” kata Paratici.

Dalam perkembang­an lain, beliau menolak kepulangan Pogba, yang pernah bermain bersama Juventus dari 2012 hingga 2016.

Pemain berusia 26 tahun itu telah diberitahu beliau tidak akan menjadi kapten United lagi selepas dilaporkan tidak sehaluan dengan pengurus Jose Mourinho.

“Kami amat menyukai beliau,” kata Paratici.

“Kami mahu beliau berjaya kerana kami rapat dengan beliau tetapi beliau bukan pemain Juventus lagi.

“Kami seperti mempunyai satu pertalian dengan beliau tetapi kami tidak pernah memikirkan dan akan memikirkan untuk beliau kembali semula.”

Pogba menyertai United dari Juventus dengan rekod perpindaha­n dunia ketika itu – 89 juta pound pada 2016. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia