Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain Belgium itu bantu Chelsea kekal permulaan cemerlang dengan lapan gol dalam semua pertanding­an

-

LONDON, England: Bintang Chelsea, Eden Hazard, membangkit­kan spekulasi terbaharu tentang masa depannya walaupun permulaan musim yang cemerlang dengan mengakui beliau masih tertarik dengan satu perpindaha­n ke kelab idolanya semasa kecil, Real Madrid.

Hazard membantu Chelsea mengekalka­n permulaan tanpa kalah Chelsea di bawah kendalian pengurus baharu, Maurizio Sarri dengan menjaringk­an lapan gol dalam semua pertanding­an ketika Chelsea berkongsi tangga teratas Liga Perdana Inggeris bersama Manchester City dan Liverpool.

Pemain antarabang­sa Belgium itu juga diisytihar­kan pemain kedua terbaik di Piala Dunia 2018 dan selepas membantu Belgium menduduki tempat ketiga pada kejohanan di Rusia itu, beliau ada menyatakan bahawa ia adalah masa yang sesuai untuk satu cabaran baharu dengan Real Madrid adalah destinasi pilihan.

“Saya ada bercakap selepas Piala Dunia dan saya berkata saya fikir ia adalah masa untuk berubah kerana saya beraksi dengan baik di Piala Dunia,” kata Hazard ketika memberitah­u media selepas menjaringk­an gol ketika Chelsea menang 3- 0 di Southampto­n.

“Saya benar-benar beraksi dengan baik ketika ini.

“Real Madrid adalah ke- lab terbaik di dunia. Saya tidak mahu menipu anda. Ia adalah impian saya sejak kecil ( berpindah ke Real). Saya mengimpika­n untuk bermain bersama kelab ini.

“Kita akan lihat. Saya tidak mahu bercakap mengenainy­a setiap hari. Saya tidak mempunyai masa tetapi kita akan bercakap tentang masa depan saya dalam masa terdekat nanti.”

Real sememangny­a memerlukan kecemerlan­gan Hazard selepas perpindaha­n Cristiano Ronaldo ke Juventus, dengan Real gagal menjaringk­an sebarang gol dalam empat perlawanan terakhir berturut- turut, kali pertama ia berlaku sejak 1985.

Hazard akan tamat kontrak pada 2020 tetapi tidak mahu mengikut langkah rakan senegarany­a, Thibaut Courtois yang mendesak perpindaha­n ke Real Ma- dengan enggan kembali ke kelab s e l e p a s Piala Dunia.

Courtois mem- drid punyai baki kontrak setahun lagi di Chelsea, menyebabka­n nilai harga beliau adalah rendah dan memaksa Chelsea untuk menjualnya apabila enggan kembali untuk latihan pramusim pada bulan Ogos.

“Saya tidak mahu,” kata Hazard. “Saya mahu apa yang baik untuk saya dan juga kelab kerana kelab telah memberikan saya segalagala­nya.

“Saya tidak mahu berkata: ‘Ya, saya akan menandatan­gani kontrak baharu dan kemudian pada akhirnya saya tidak. Jadi kita akan lihat.

“Kadang- kadang ia di fikiran saya. Saya bangun pagi dan memikirkan saya mahu pergi. Kadang- kadang saya fikir saya mahu terus kekal. Ia satu keputusan sukar. Ia adalah masa depan saya, saya berusia 27 tahun dan akan mencecah usia 28 pada bulan Januari nanti.”

Real Madrid memenangi trofi Liga Juara- Juara pada tiga musim terakhir sementara Chelsea gagal layak ke Liga Juara- Juara musim ini selepas m e - namatkan saingan Liga Perdana musim lepas di tangga keenam.

Bagaimanap­un, Hazard menegaskan ia bukan trofi tetapi kegembiraa­n bermain yang menjadi faktor penentu keputusann­ya. Dan beliau menyerlah dan berasa gembira bermain dengan taktik Sarri selepas dua musim permainan lebih berhati- hati di bawah bimbingan bekas pengurus, Antonio Conte. “Ia bukan tentang kejuaraan. Sudah tentu apabila anda bermain, anda mahu menang,” tambah beliau. “Tetapi saya hanya mahu bermain dengan gembira dalam padang, seperti ketika ini. Ia menggemb i r a k a n saya.” — AFP

Saya ada bercakap selepas Piala Dunia dan saya berkata saya fikir ia adalah masa untuk berubah kerana saya beraksi dengan baik di Piala Dunia. Eden Hazard Bintang Chelsea

 ?? — Gambar AFP ?? IMPIAN: Hazard (kiri) membangkit­kan spekulasi terbaharu mengenai masa depannya apabila mengakui masih berminat dengan perpindaha­n ke Real Madrid.
— Gambar AFP IMPIAN: Hazard (kiri) membangkit­kan spekulasi terbaharu mengenai masa depannya apabila mengakui masih berminat dengan perpindaha­n ke Real Madrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia