Utusan Borneo (Sarawak)

Modric, Ronaldo calon pilihan memenangi Ballon d’Or

-

PARIS, Perancis: Pemain Terbaik FIFA, Luka Modric, kekal di landasan untuk anugerah individu kedua beliau apabila dinamakan dalam senarai 30 pemain untuk anugerah Ballon d’Or bersama-sama bekas rakan sepasukann­ya di Real Madrid, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dari Barcelona dan Mohamed Salah dari Liverpool.

Modric, naib juara Piala Dunia 2018 bersama Croatia, menewaskan Ronaldo dan Salah untuk anugerah FIFA bulan lepas setelah Messi tidak tersenarai dalam tiga finalis.

Ronaldo, yang ketika ini berdepan tuduhan rogol pada 2009 yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau, sudah memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali dan beliau adalah pemenang sebelum ini. Messi juga memenangi anugerah ini sebanyak lima kali.

FIFA berpisah dengan Ballon d’Or pada 2016 untuk melancarka­n anugerah ia sendiri. Anugerah Ballon d’Or ini dianjurkan oleh majalah France Football dan pemenang akan diumumkan pada 3 Disember depan.

Rakan sekelab Modric, Gareth Bale dan bintang tengah Manchester City, Kevin De Bruyne, juga berada dalam senarai pencalonan.

Bale, yang menjaringk­an dua gol ketika Real menewaskan Liverpool di final Liga Juara-Juara, turut disertai rakan sepasukann­ya Karim Benzema, Raphael Varane, Isco, Marcelo dan Sergio Ramos.

De Bruyne dicalonkan kerana membantu City memenangi Liga Perdana Inggeris dan skuad kebangsaan Belgium ke separuh akhir Piala Dunia 2018.

Antoine Griezmann, yang memenangi Piala Dunia 2018 bersama Perancis dan trofi Liga Europa bersama Atletico Madrid, juga dicalonkan bersamasam­a rakan antarabang­sa, N’Golo Kante (Chelsea), Paul Pogba ( Manchester United) dan Kylian Mbappe (PSG).

Eden Hazard dari Chelsea dan Harry Kane dari Tottenham Hotspur juga turut dicalonkan.

Nama lain ialah Sergio Aguero (Manchester City), Neymar dan Edinson Cavani ( PSG), Luis Suarez (Barcelona), Mario Mandzukic (Juventus), Sadio Mane (Liverpool) dan Ivan Rakitic (Barcelona).

Penyerang Liverpool, Roberto Firmino dari Liverpool dan pemain pertahanan Diego Godin dari Atletico Madrid juga disenaraik­an.

Empat penjaga gol antara yang dicalonkan – Thibaut Courtois ( Real Madrid), Alisson Becker ( Liverpool), Hugo Lloris (Tottenham) dan Jan Oblak (Atletico Madrid).

Buat kali pertama Ballon d’Or juga memberi anugerah untuk pemain terbaik wanita, dengan juara Liga Juara-Juara Wanita, Lyon, mempunyai tujuh dari 15 pencalonan.

Amandine Henry, Amel Majri dan Wendie Renard dari Perancis, disertai Dzsenifer Marozsan dari Jerman, Lucy Bronze dari England, Ada Heberberg dari Norway dan Saki Kumagai dari Jepun.

Pemain Terbaik FIFA, Marta, pemenang untuk rekod kali keenam bulan lep- as, juga dicalonkan dengan penglibata­n beliau ketika membantu Brazil memenangi Copa Amerika.

Calon lain ialah Pernille Harder, Lindsey Horan, Fran Kirby, Sam Kerr, Lieke Martens, Megan Rapinoe dan Christine Sinclair.

Selain anugerah wanita buat kali pertama, anugerah pemain terbaik bawah 21 tahun lelaki juga akan diberikan dengan Mbappe antara calon pemenang.

Anugerah Ballon d’Or, yang kali pertama dimenangi pemain dari England, Stanley Matthews pada 1956, diputuskan menerusi undian wartawan dari seluruh dunia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia