Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad hoki remaja negara raih kemenangan kedua, benam Mexico 4-2

-

KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja negara meneruskan prestasi cemerlang apabila menundukka­n Mexico 4- 2 dalam perlawanan kedua Kumpulan A, acara hoki lelaki lima sebelah pada Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires yang berlangsun­g Isnin (awal pagi Selasa waktu Malaysia).

Malaysia yang membelasah Vanuatu 140 dalam perlawanan pembukaan pada Ahad, membuka jaringan seawal minit keempat menerusi Mohd Akhimullah Anuar Essok yang menjaringk­an gol padang, pada perlawanan yang berlangsun­g di Youth Olimpic Park, demikian menurut Persekutua­n Hoki Malaysia (MHC) dalam laman Facebookny­a.

Pasukan negara meneruskan dominasi dengan gol kedua oleh Arif Syafie Ishak pada minit ke- 8 sebelum Mexico bangkit untuk membolosi gawang Malaysia enam minit kemudian menerusi Luis Villegas.

Gol Mexico itu nyata membakar semangat skuad negara yang melebarkan jurang dengan dua gol lagi iaitu menerusi Arif Syafie dan Syarman Mat Tee dalam tempoh seminit pada minit ke- 19 permainan.

Mexico memperoleh­i gol keduanya seminit kemudian melalui Jorge Estrada namun sudah terlambat untuk mereka menghalang pasukan bimbingan Wallace Tan itu daripada mencatat kemenangan kedua berturut- turut pada temasya tersebut.

Perlawanan l ain dalam Kumpulan A menyaksika­n Argentina membenam Vanuatu 18- 0 sementara Zambia menewaskan Poland 4- 3.

Malaysia akan bertemu Zambia pada perlawanan ketiga esok.

J u a r a b e r t a h a n Australia mengetuai cabaran Kumpulan B bersama- sama India, Kanada, Austria, Kenya dan Bangladesh.

Untuk rekod, Malaysia tidak layak dalam dua edisi terdahulu iaitu 2010 di Singapura dan 2014 di China. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia