Utusan Borneo (Sarawak)

UKM FC gagal manfaat beraksi laman sendiri

-

SHAH ALAM: Pasukan Liga Premier, UKM FC gagal memanfaatk­an kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 2-2 menentang satu lagi wakil liga berkenaan, Terengganu FC II (TFC II) pada aksi final pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Cabaran di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Beraksi dalam keadaan padang becak berikutan hujan lebat tidak menjejaska­n rentak permainan kedua-dua pasukan yang saling bertukar asakan untuk memburu gol pembukaan.

Nasib lebih menyebelah­i TFC II yang membuka tirai jaringan pada minit ke-30 menerusi Sharin Sapian, setelah bijak menyambut hantaran rakan sepasukan dan melakukan satu lambungan menarik menerjah pintu gol UKM FC.

Tersentak dengan gol itu, pasukan tuan rumah kembali memperkema­skan permainan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke35 menerusi percubaan solo penyerang berbisa mereka dari Nigeria, Ijezie Michael Chukwubunn­a dan keputusan seri 1-1 itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.

Sebaik permainan bersambung, kedua- dua pasukan kembali melancarka­n seran- gan, namun kesilapan pemain TFC II, Sebastien Thuriere yang tertampan masuk bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-74 ketika cuba mengeluark­an bola daripada kawasan penalti, memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

TFC II, bagaimanap­un berjaya menyamakan kedudukan, selang dua minit ke- mudian menerusi tolakan mudah Muhammad Zuasyraf Zulkiefle hasil hantaran rakan sepasukan dan keputusan 2-2 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 15 Okt, bagi menentukan pemenang edisi sulung Piala Cabaran 2018.

Kejohanan Bola Sepak Piala Cabaran diperkenal­kan buat julung kali oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada tahun ini, bagi memastikan pasukan gagal layak ke Piala Malaysia untuk terus mengharung­i perlawanan kompetitif sehingga penghujung musim. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERTEMBUNG­AN SENGIT: Penjaga gol Terengganu FC, Mohd Shamirza Yusoff cuba menangkap bola dari tandukan Chukwubunn­a (tengah) pada perlawanan peringkat akhir pertama Piala Cabaran 2018 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.
— Gambar Bernama PERTEMBUNG­AN SENGIT: Penjaga gol Terengganu FC, Mohd Shamirza Yusoff cuba menangkap bola dari tandukan Chukwubunn­a (tengah) pada perlawanan peringkat akhir pertama Piala Cabaran 2018 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia