Utusan Borneo (Sarawak)

Jin Wei teruskan rekod cemerlang

-

KUALA LUMPUR: Pembawa bendera negara pada Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina, Goh Jin Wei meneruskan rekod cemerlang pada temasya itu apabila menewaskan pemain badminton Sweden, Ashwathi Pillai pada Isnin (awal pagi ini (Selasa) waktu Malaysia).

Pemain berusia 18 tahun yang beranking ke-26 dunia itu menundukka­n Ashwathi, berkeduduk­an ke-236 dengan catatan 21-15, 21-12 dalam pertemuan perseorang­an wanita Kumpulan C di Technopoli­s Park.

Ini kemenangan keduanya selepas mengetepik­an cabaran Maharani Sekar Batari dari Indonesia dengan 21-11, 21-15 pada Ahad.

Jin Wei yang juga pemain pilihan ketiga akan bertemu wakil Jerman, Ann-Kathrin Spori hari ini dalam perlawanan terakhir kumpulan bagi merebut tempat ke suku akhir memandangk­an hanya juara kumpulan layak ke pusingan itu, demikian menurut laman sesawang rasmi www. buenosaire­s2018.com.

Sementara itu, dalam acara pingpong, kedua-dua wakil negara Choong Javen dan Alice Chang Li Sian gagal ke pusingan kedua bagi perseorang­an lelaki dan wanita masing-masing setelah gagal meraih tempat dua teratas dalam kumpulan.

Choong menamatkan saingan Kumpulan E di tempat ketiga selepas hanya menang satu daripada tiga perlawanan manakala Alice pula di tempat keempat Kumpulan D setelah kalah dalam kesemua tiga perlawanan.

Mereka akan menyertai acara berpasukan campuran yang dijadualka­n bermula pada Jumaat.

Turut meneruskan prestasi cemerlang ialah skuad hoki lelaki lima sebelah yang meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan A, mengetepik­an cabaran Mexico 4-2 di Youth Olympic Park.

Gol pasukan negara disumbangk­an oleh Mohd Akhimullah Anuar Essok (minit ke-4), Muhd Arif Syafie Ishak (m-8 dan - 19), dan Syarman Mat Tee (m-19).

Mexico berjaya merapatkan jurang menerusi gol padang oleh Luis Villegas (m-14) dan Jorge Estrada (m-20).

Malaysia dibimbing oleh Wallace Tan akan berdepan Zambia pada perlawanan pusingan awal ketiga mereka hari ini waktu tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia