Utusan Borneo (Sarawak)

Mancini dapatkan khidmat Tonelli, Piccini

-

MILAN, Itali: Jurulatih kebangsaan Itali, Roberto Mancini memanggil pemain pertahanan, Cristiano Piccini dan Lorenzo Tonelli buat kali pertama untuk menggantik­an tiga pemain yang cedera, Damilo D’Ambrosio, Patrick Cutrone dan Alessio Romagnoli untuk perlawanan antarabang­sa menentang Ukraine dan Poland minggu ini.

Itali akan menentang Ukraine pada satu perlawanan persahabat­an di Genoa hari ini sebelum bertandang ke Poland untuk perlawanan Liga Negara UEFA (UNL) empat hari kemudian.

Piccini, 26, yang bermain di luar Itali sejak 2014, menyertai kelab Valencia dari Sporting Lisbon pada musim ini.

Tonelli, 28, menyerlah sejak perpindaha­n pinjaman dari Napoli ke Sampdoria musim ini.

“D’Ambrosio, Romagnoli dan Cutrone sudah kembali ke tanahair kerana kecederaan, jadi kami telah memanggil Tonelli dan Piccini, yang akan tiba malam ini ( Selasa),” kata Mancini.

“Pengalaman Piccini adalah bagus, sekurangku­rangnya beliau sentiasa bermain, walaupun dalam Liga Juara- Juara. Saya sudah mengikuti perkembang­an beliau sejak sekian lama.

“Beliau boleh menjadi pemain penting di masa hadapan untuk kami.”

Itali berada di tangga ketiga kumpulan UNL dengan hanya satu mata selepas gagal menang pada dua perlawanan pertama menentang Portugal dan Poland.

Tetapi Mancini menegaskan kesabaran diperlukan untuk membina semula skuad Itali yang gagal layak ke Piala Dunia 2018, kali pertama ia berlaku sejak 80 tahun.

“Kami tahu perjalanan­nya bukan mudah. Perkataan sabar bukan sebahagian dari perbendaha­raan kata bola sepak,” kata Mancini, yang mula menggalas tugas pada bulan Mei.

“Sasarannya ialah untuk layak ke Euro dengan bermain lebih baik dalam Liga Negara berbanding perlawanan persahabat­an.

“Saya ada membaca akhbar di mana selepas dua perlawanan dan perkara yang sama ditulis tentang pasukan kebangsaan, walaupun selepas 20 tahun.

“Kami masih mempunyai pemain berkualiti dan kami memulakan projek baharu di sini.

“Satu- satu masalah yang kami boleh hadapi ialah undian Euro di mana kami mungkin berdepan lawan yang kuat di peringkat awal.

“Kami harus melakukan yang terbaik. Kami masih mencari rentak. Sebagai pasukan yang gagal layak ke Piala Dunia, kami kehilangan sedikit prestij.

“Kami adalah pasukan Itali dan kami harus kembali menjadi antara terbaik dunia. Pemain harus memahaminy­a dan apabila mereka menyarung jersi kebangsaan, mereka harus memberikan segala- galanya, 70 peratus tidak memadai.”

Penyerang Mario Balotelli dan Andrea Belotti tidak disenaraik­an ke dalam skuad kerana prestasi hambar, kata mancini.

“Mereka mengharung­i satu tempoh prestasi hambar,” kata Mancini.

“Mereka akan kembali ke dalam skuad apabila berada pada prestasi terbaik.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia